ASSALAMUALAIKUM..
DAPAT ORDER LAGI REZEKI DATANG JANGAN DITOLAK |Dah lama rasanya mama tak buat order delivery ni,tak tahulah sejak hubby sakit dulu terus berhenti buat sideincome delivery ni...semalam anak bagitahu ada juga yang bertanya nape mama lama dah tak buat delivery order lagi...bila anak tanya nak buat lagi tak maka mama rasa okay juga sebab dah lama juga tak buat sideincome ni...maka hari ni mama mulakan hari dengan menyiapkan menu order yang telah diberikan..
Nasib baik ada juga yang dapat membantu mama membuat mana yang boleh...hubbylah yang paling sesuai jadi rakan menolong mama yang paling senang...seawal jam4.30 pagi kami berdua dah bangun untuk menyiapkan menu order hari ini iaitu nasi goreng ayam..order untuk hari ini sebanyak 51bungkus kena disiapkan dengan segera sebelum anak bawa sekali ke tempat kerja...
Pagi-pagi lagi dapur mama dah riuh dengan bunyi kuali dan sudip,kelentang kelentung bunyi riuh di dapur pagi ni..maka siap juga menu yang perlu disediakan...dah riuh di dapur maka proses untuk packing pulak kenalah packing bagi menarik lagi menu tu bila pertama kali customer memandang nasi ayam ni...alhmdullilah siap juga akhirnya dan pasni packing untuk asingkan setiap  order..
Siap juga akhirnya nasi goreng ayam ni dan ianya siap untuk delivery ke Legoland...alhamdullilah rezeki untuk hari ini...

p/s settel juga order hari ini dan selamat dihantar....