Thursday, September 05, 2019

DEKORASI ILHAM RUANG LAUNDRY

ASSALAMUALAIKUM..
DEKORASI ILHAM RUANG LAUNDRY | Hari ni mama nak up entri deko lagi dan entri kali ni nak share ilham deko kat ruang laundry rumah pula..mana yang suka berdeko pasti akan tahu apa yang perlu dibuat jika ruang mendobi kita kelihatan agak suram..ruang dobi ni pun perlu kelihatan menarik juga sebab di sinilah kita akan melakukan tugas harian mendobi pakaian kita dan jika ruang dobi kelihatan menarik pasti tugas harian yang dilakukan lagi menyeronokkan... 

Pada korang yang ingin mencuba menambahkan seri di ruang laundry ni di bawah ini mama ada sharekan beberapa gambar deko yang cantik dan menarik...mana tahu korang akan mendapat ilham atau idea untuk korang mencantikkan lagi ruangan mendobi di rumah korang...gigihkanlah diri korang untuk mencari bahan untuk dekonya nanti...kalau nak cari barang untuk deko ni,memang banyak kedai perhiasan ada menjual bahan untuk mendeko..

Kalau ikut mama ni,memang lebih suka cari yang murah je tapi cantik,ikut bajet koranglah kalau nak beli kat tempat lain pun boleh,sekarang ni boleh je beli secara online kat Shopee atau Lazada tapi kalau nak lebih cepat pergi jer ke Daiso,DIY,Eco,Kaison dan Romantika..banyak la sekarang ni kedai yang menjual bermacam-macam barangan untuk mendeko ni...korang kenalah pandai bandingkan harga disetiap kedai dan carilah harga yang berpatutan...jomlah kita lihat gambar dibawah ini mana tahu ada salah satu deko di bawah ini yang menarik minat korang...
Cantikkan setiap gambar deko ruang dobi di atas ni...mama pun teruja tengok kesemuanya tapi ruang deko dobi kat rumah mama ni kecik jer jadi nak deko lebih-lebih pun tak boleh sebab ruangnya terhad sangat...pada korang yang suka bolehlah pilih salah satu deko yang boleh korang dekokan di ruangan mendobi dirumah korang nanti yer..

Seronok kalau kita melakukannya sendiri kerana dapat lihat hasil kreatif idea dan hasil air tangan kita sendiri..kepuasan kita sendiri itu terletak pada diri kita sendiri juga...okaylah korang nantikan entri deko mama yang lain pula yer...jumpa lagi korang !!!

p/s deko terapi minda...

7 comments:

  1. teringinnya nak ada ruang laundry macam ni kan ma...

    ReplyDelete
  2. Fuhh nanti nak deco rumah cantik cantik macam nih laaa

    ReplyDelete
  3. Cantikkkk semua. laundry mcm bilik tidur dah tgok

    ReplyDelete
  4. Cantiknyaaa ruang mendobi camni..boleh rehat dengan nyaman kat ruang cmni sambil mencuci...

    ReplyDelete
  5. kesemua gambar deko ni cantik , bolehlah buat ilham sekali di rumah

    ReplyDelete