ASSALAMUALAIKUM.. 
DEKO RUANG SOLAT DI RUMAH | Bab deko ruang solat ni janganlah kita ambil mudah yer sebab jika ada ruang solat di rumah ianya akan jadi lebih baik lagi sebenarnya..kalau ada saudara mara atau kawan-kawan yang singgah ke rumah lebih senang hala tujunya jika mereka hendak menggunakan ruang solat ini untuk menunaikan solat..Kalau ada rumah yang lebih besar memang lagi eloklah disediakan ruang untuk solat ini kerana ianya akan jadi lebih mudah untuk sesiapa juga yang ingin menggunakannya

Kalau rumah kita kecil saja dan tak boleh nak sediakan ruang solat yang mewah,itu tak menjadi persoalan kerana kita boleh buatkan satu sudut di dalam bilik kita sendiri atau satu ruang biasa di rumah kita untuk dijadikan ruang solat untuk bersolat atau berjemaah dengan ahli keluarga.. tak dapat membuat ruang khas untuk solat yang besar yang kecil pun dah cukup bagus,yang pentingnya solat itu janganlah kita lupakan yer..nak sediakan ruang solat ini ikutlah kemampuan kita sendiri,sediakan tempat solat yang bersih,kemas walaupun hanya satu tempat solat yang kecil sahaja kerana itupun dah mencukupi..besar atau kecil itu semua tak menjadi persoalannya yang penting segala apa yang kita lakukan hanya kerana Allah...okay la ! jom kita lihat satu persatu gambar deko di bawah ini untuk ruang solat di rumah..
Macam mana korang cantikkan kesemua deko untuk ruang solat di rumah ini?Rumah besar atau kecil itu semua tak menjadi masalahnya kerana solat yang akan kita lakukan bukan terletak pada cantik atau tidak ruang solat di rumah kita itu kerana Allah tidak memandang itu semua yang penting fardu ain yang wajib kita kerjakan itu yer...

Keselesaan dan ketenangan semasa bersolat itu adalah lebih penting dari segala-galanya dan disinilah letaknya kebahagiaan sebenar penghuni rumah..Menjaga solat itu bererti menjaga kehidupan kita di muka bumi ini.Baik solat kita maka baiklah kehidupan kita walaupun berada di dalam ruang solat yang kecil saja di rumah.Setiap jiwa yang tenang pasti akan berjaya akhirnya.


p/s semoga segala amalan solat yang kita lakukan akan diterima olehNYA...aamiin