APABILA KITA DIREZEKIKAN MEMILIKI DAN MENJAGA IBU BAPA | Ada sesiapa yang sedang menjaga ibu dan ayah yang dah berusia atau yang sedang sakit ?Pasti adakan,besar pahalanya jika kita mampu menjaga kedua ibubapa kita hingga ke akhir usia mereka...jangan risau korang itulah saham akhirat korang jika korang menjaga ibu atau ayah yang dah berusia atau pun yang sedang sakit..jagalah dengan penuh kasih dan sayang kepada kedua ibubapa kita selagi mereka masih bernyawa,tiada apa yang lebih membahagiakan kita jika masih mampu melihat wajah-wajah insan yang menjaga kita dari kecil sehingga dewasa ini.
Tiada balasan yang diharapkan oleh ibubapa kita,mereka hanya mengharapkan anak-anak yang mereka jaga sejak kecil sehingga dewasa menjadi seorang yang sempurna dan berjasa dapat menjaga mereka pula..Ketika usia mereka yang semakin lanjut di dunia ini inilah masanya kita pula berjasa pada mereka...Jasa ibu bapa memang tidak dapat kita nilaikan sama sekali,oleh itu jagalah syurga akhirat korang ini dengan sebaik-baiknya yer...
Rasulullah Bersabda :
"Orang Tua adalah PINTU SYURGA yang Paling Tengah,
maka janganlah disia-siakan pintu itu atau jagalah ia.."
(HR Tirmidzi)
Apabila matinya seorang anak Adam di dunia ini,maka putuslah amalannya melainkan 3 perkara di bawah ini
-Sedekah jariah
-Ilmu yang bermanfaat untuk orang lain
-Anak yang soleh dan solehah yang mendoakannya
(Hadith riwayat Muslin dan Ahmad)
Kewajipan menjaga dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah kewajipan dan tanggungjawab anak-anak. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyentuh berkenaan kewajipan anak-anak kepada ibubapa serta adab-adab yang mesti dijaga ketika bersama mereka.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

Apabila semakin berusia, kita sebagai anak sudah sememangnya tidak boleh lagi mengharapkan masakan enak dari air tangan ibu mu kerana ketika ini kitalah yang sepatutnya berusaha menyediakan apa saja menu yang menjadi kegemaran mereka.Tak rugi mana pun jika kita dapat menyediakan makanan untuk kedua ibubapa kita.Segeralah berbakti untuk orang tua kamu semua yer...
Tambahan pula, seseorang yang sempat bersama atau berbakti kepada kedua ibubapanya merupakan orang yang sangat bertuah dan beruntung. Ini kerana, Nabi SAW pernah menyatakan orang yang hina adalah orang yang sempat bersama ibubapanya tetapi kesempatan yang ada itu tidak membolehkan dia untuk dimasukkan ke dalam syurga.
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ. قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا فَلَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ

Maksudnya: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” [Riwayat Muslim (2551)]
Di masa ini jugalah kita tidak lagi boleh mengharapkan jasa-jasa mereka kepada kita tapi kitalah yang sepatutnyalah berjasa kepada mereka pula.Apa jua keperluan mereka dan kasih sayang dari kita curahkanlah sehabis-habisnya kepada mereka kerana dikala inilah masanya kita yang perlu membalas jasa-jasa mereka pula.
Tiada lagi pemberian mereka untuk kita tapi lebihkanlah menghulur memberi bantuan pada mereka samada wang atau apa jua yang perlu untuk mereka gunakan semasa hayat mereka masih ada lagi di dunia ini..Janganlah dilupakan kerana dimasa inilah mereka perlu gembira di sisi anak-anak dan cucu-cucu,sebelum sisa-sisa usia mereka ini berakhir nanti..
Sekarang juga bukan masanya lagi tangan yang menghulurkan wang saku atau barang-barang sewaktu kita kanak-kanak akan menghulurkan pemberian kepada kita lagi kerana itu semua sudah tak diperlukan..Kitalah sebagai anak sepatutnya dan sudah semestinya perlu lebih banyak memberi kepada mereka.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan Kami wasiatkan kepada manusia terhadap ibu bapanya. Ibunya mengandungkan dengan (menderita) kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya daripada susuan dalam dua tahun (iaitu): Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Kepada-Ku tempat kembali.”
(Surah al-Lukman ayat 14).

Tidak perlulah kita menunggu bukti kasih sayang dari mereka juga tapi buktikan dan berikanlah kasih sayang yang berlipat ganda pula kepada mereka berdua.Moga segala bakti kita pada mereka nanti akan jadi kenangan terindah bila mereka sudah tiada nanti...
Jangan juga mengharapkan pengorbanan mereka untuk kita lagi tapi kita sebagai anak-anaklah yang perlu berkorban apa saja demi mereka.Luangkanlah masa bersama mereka dan ciptalah memori yang paling indah semasa bersama-sama mereka.
Sekarang bukan masanya lagi untuk kita mengharapkan mereka untuk menjaga kita lagi tapi usahakanlah agar kita pula yang dapat menjaga mereka pula sehingga ke akhir usia mereka.Bila dalam kesakitan rawat dan bantulah mereka sebaik-baiknya agar kita akan terasa puas bila dapat berbakti kepada kedua ibu dan bapa ketika hayat mereka masih ada.
Marilah sama-sama kita muhasabah diri kita sendiri dan menjadikan ini sebagai pengajaran dan panduan bahawa Allah SWT akan memberi pertolongan-Nya apabila kita insaf dan kembali bertaubat kepada-Nya dan sentiasa menjaga kebajikan ibu bapa kita yang sudah tua dan uzur.
Doakan Kedua Orang Tua
"Ya Allah ! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibubapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil."
Doa merupakan senjata bagi orang mukmin,di mana-mana jua kita boleh berdoa untuk kedua ibu dan bapa kita.Doa juga adalah pengikat kasih sayang antara ibu,ayah dan anak-anak.Bermohonlah doa untuk kesejahteraan mereka dunia dan akhirat.Lebih afdal lagi selepas solat sedekahkanlah doa untuk mereka.

Dalam Islam anak lelaki walaupun sudah berumah tangga dan mempunyai keluarganya sendiri tetapi dia masih mempunyai ibu bapa yang tua dan uzur dan tidak mempunyai pendapatan, tanggungjawab memberi nafkah dan menjaga kebajikan mereka masih terpikul dibahunya. Bagi anak perempuan pula apabila dia sudah berumah tangga dia terlepas tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya walau bagaimana pun tidak salah jika dia ingin berbakti kepada kedua mereka dengan izin suaminya.
p/s bertuah jika korang masih ada ibu dan bapa lagi kerana korang boleh mula berbuat baik dan berbakti buat mereka...
2 Comments
singgah sini
ReplyDeletemekacih anum..
DeletePost a Comment