ASSALAMUALAIKUM...
CENDOL BAKAR SEDAP TAPI TERTIPU JUGA AKHIRNYA | Dah berapa  lama la entri ni dok terperap dalam draf,dah boleh jadi pekasam ni...banyak lagi rupanya entri yang tersimpan dalam kotak draf mama ni,entah bila la nak dipostkan agaknya..ini pun cerita bulan raya yang lepas semasa mama dan family ke Port Dickson kerana melawat anak saudara yang baru lakukan pembedahan kanser perut...
Dalam perjalanan hubby sibuk bercerita tentang cendol bakar ni..mama yang asyik mendengar ni pun macam teruja bila mendengar hubby bercerita..mulalah terasa nak juga mencuba merasa
cendol Bakar ini,sebab pernah dengar cerita cendol Bakar viral ni dulu ..tak sangka pulak dah ada cawangan di Port Dickson...maka keterujaan mulalah terasa sesangat, sebab nak juga merasa bagaimana rasa sedapnya cendol bakar seperti yang hubby katakan ni...maka tersinggahlah kami sekeluarga di kawasan gerai Cendol Bakar ni...
Mama siap-siap ambil tempat duduk sementara hubby dan anak-anak yang order cendol bakar tu...
Teruja juga mama sebab baru pertama kali nak merasa bagaimana rasanya cendol bakar ni...rasa pelik juga sebab nak tahu bagaimana caranya cendol itu dibakar.? tunggu jugalah walaupun tak nampak pun cendol tu dibakar...
Dalam masa menunggu tu,sempat snap gambar disekitar gerai cendol ini..banyak juga jenis cendol  yang dijual di sini...semua cendol ada dijual, siap dengan harganya sekali dah tertera di situ...order saja yang mana satu yang disukai..
 Akhirnya sampai juga cendol bakar yang asyik disebut-sebut oleh hubby akan kesedapannya...mama lihat cendol yang sampai ni macam cendol biasa jer,tang mana datang bakarnya...
Bila ditanya inilah jawab hubby mama...
Hubby : "Inilah cendol Bakar...cuba rasa sedap tak..?
Mama : "Sedap tapi macam cendol biasa jer,tang mana bakarnya..?
Hubby : "Bakar tu nama tuan kedai la..nama tuannya BAKAR la..tu sebab jadi Cendol Bakar.."
Mama : " Laaa yer ke...ingatkan memang cendol tu dibakar tadi.."
Hubby : " Mana ada cakap cendol tu dibakar..abang cuma cakap cendol Bakar jer.."
Mama : " Terkena la ni.."
Anak-anak dan hubby masing-masing gelak besar sebab mama mati-mati percaya cendol tu dibakar...malu sendiri la akhirnya...tipah tertipu rupanya...


p/s bulat-bulat kena tipu dengan hubby...si lurus bendol ni tertipu rupanya...hahhahaha...