ASSALAMUALAIKUM...
AMALAN PENTING BALIK KAMPUNG BERAYA | Di musim perayaan ni janganlah dilupa apa yang perlu kita lakukan sebelum pulang beraya ke kampung halaman yer...perlu kita ketahui di musim perayaan ni memang banyak kejadian yang tidak diingini berlaku oleh itu sediakan payung sebelum hujan.
Pada mama beraya tahun ini sama seperti tahun-tahun yang lepas juga..mesti beraya di kampung dahulu walaupun sudah ketiadaan ayah tapi kami tetap kena beraya dengan emak di kampung..Kampung mama tidaklah jauh mana pun dari tempat tinggal mama sekarang...Orang kata sekangkang kera jer la nak balik ke kampung tapi kalau jammed terasa juga jauhnya.Kampung mama di Majidee Johor Bahru ni saja...Adik beradik semuanya ada tinggal di sini jadi tak susahlah nanti hendak pergi beraya ke rumah mereka semua. 

Untuk balik kampung banyak juga barang keperluan yang perlu dibawa walaupun dekat jer dan perkara yang perlu dilakukan sebelum pulang ke kampung...Biasalah kalau dah ramai adik-beradik semua keperluan anak perlu difikirkan.Walaupun dekat tetap juga kena bawa serba sedikit untuk keperluan semasa berada di kampung nanti..Okaylah mama cuba listkan barang apa yang perlu dibawa dan perkara yang perlu dilakukan sebelum pulang ke kampung nanti...

1-Baju dan pakaian (Sendiri)
Ini memang perlu untuk dibawa lebih-lebih lagi dalam musim raya ini.Bagi mama pakaian mama dan hubby mama yang sediakan manakala anak masing-masing lebih suka bawa beg sendiri.Anak-anak mama dah besar jadi semua keperluan mereka yang aturkan sendiri.List barang yang perlu dibawa..
-Baju raya
-Kasut raya 
-Hand bag
-Tudung lip lap 
-Pakaian basahan
-Kamera / gadjet yang lain /Chager
-Berus gigi
-Tuala
-Bahan-bahan makeup (kang tak berseri pula)

2-Kuih / Biskut Raya
Kalau mama buat biskut kenalah buat untuk emak sekali kiranya macam buah tangan untuk mak di hari raya kalau tak buat just belikan saja..Bawakanlah serba sedikit untuk mak buat menjamu saudara mara yang akan datang berkunjung ke rumah di hari raya nanti.

3-Duit Raya
Yang ini memang penting bila ada saudara mara berkunjung, duit raya pasti akan jadi tumpuan utama untuk anak saudara,sepupu sepapat atau jiran-jiran yang datang berkunjung ke rumah...Lagi satu asingkan duit raya mengikut siapa yang perlu di berikan..tandakan pada setiap angpow yang perlu.
-Anak-anak
-Isteri
-Ibubapa
-Anak saudara
-Anak jiran yang berkunjung

4-Pampers/ Baju Anak Kecil
Bagi yang ada anak kecil keperluan mereka memang perlu disiapkan semuanya supaya nanti bila berada di kampung tiada yang kekurangan..nasib mama dah tak ada anak kecil lagi lebih ringkas persiapannya...
-Pampers
-Susu
-Mandian bayi
-Baju yang perlu
-Bekalan ubat / termometer
-Berus gigi
-Mainan yang perlu
-Bantal anak / bantal busuk
-Bekas makanan
-Ubatan memang perlu bawa mana tahu cuaca yang tak menentu membuat anak kita deman atau sakit.Kiranya kesemua keperluan anak kecil ni memang amat penting sekali.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM PULANG KE KAMPUNG

5-Servis Kereta / Cuci Kereta
Pastikan kereta kita berada di dalam keadaan yang baik.Servis kereta terlebih dahulu cek bateri,air,air-cond,tayar,brek dan apa jua yang perlu untuk memudahkan perjalanan kita nanti.Setelah siap kereta perlu juga dicuci supaya ianya berada di dalam keadaan yang bersih juga..

6-Kunci Pintu / Tutup Dapur Gas / Buang Sampah
Sebelum bertolak pastikan suis dan lampu di rumah di tutup..Bukakan satu lampu di luar rumah untuk keselamatan.Pastikan juga kepala dapur gas ditanggalkan terlebih dahulu dan buangkan sampah juga.Kalau ada jiran yang berlainan agama dan ada dirumah minta tolong tengok-tengokkan keadaan rumah kita..Itulah pentingnya kalau kita berbaik dengan jiran tertangga..

7-Berhati-hati Semasa Dalam Perjalanan
Penting dan perlu diingatkan pada kawan-kawan ikutlah masa dan tarikh yang ditetapkan oleh pihak PLUS untuk mengelakkan kita menempuh perjalanan dalam jammed nanti...Kalau ikut masa dan tarikh yang telah ditetapkan perjalanan balik ke kampung akan berjalan dengan lancar dan kita akan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.Okay korang semoga sambutan Aidil Fitri korang di kampung nanti akan lebih tenteram dan aman..selamat hari raya maaf zahir batin semua...