ASSALAMUALAIKUM..
DIY JAHIT RING LANGSIR EYELET RAYA | Syawal semakin menghampiri dan bulan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita semoga kita bakal bertemu lagi ditahun hadapan jika dipanjangkan usia..Dalam menyambut Syawal ni korang dah siap ke membuat persiapan untuk menyambut hari raya nanti?Macam mama persiapan ala kadar jer tahun ni...tak ada yang meriah sangat hanya bertukar kain langsir yang baru jer...semoga apa jua yang kita buat dan lakukan di dalam menyambut bulan Syawal ini sentiasalah di dalam kesederhanan...
Beli langsir yang simple jer untuk perubahan suasana di dalam rumah mama ni...langsir daun monstera ni mama beli yang dah siap jee kat Romantika sehelai hanya RM35,tapi mama terpaksa kena tambahkan ring untuk langsir ni...
Beli ring langsir eyelet ni kat kedai jual kain atau kedai jahit langsir pun ada jual,sekeping hanya RM1.30 jadi mama perlukan 8ring setiap sehelai kain langsir tu..mudah jer nak tambahkan ring ni..tandakan kat atas langsir ni ikut besar ring tu,selepas tu perlulah ditebuk dan masukkan jer ring tu ke dalam langsir tadi...lupa pula mama nak snap gambar masa memasukkan ring tersebut...kalau nak senang google jer pasti ada caranya...bila dah masukkan ring tekan sedikit sehingga ketat dan berbunyi,maka siaplah penambahan ring langsir eyelet kita tadi...
Bila dah siap mama terus sangkutkan jer langsir tu senang  dan mudah kerjakan..tak perlu la nak buat berulang kali...inilah persiapan deko simple untuk raya kat rumah mama tahun ni, simple lebih mudah dan senang..bak kata cucu mama Darwisy deko rumah grandma ala-ala jungle la...deko orang lama macam ni la,yang simple dan mudah tu memang elok untuk orang lama macam mama ni...

p/s menjelang hari raya ni mama sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri dan mama memohon maaf zahir batin jika ada salah dan silap yer...zero zero yer...