Monday, June 03, 2019

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

ASSALAMUALAIKUM...

Syawal semakin dekat menjelma 
Ramadhan mula mengundur diri hiba 
Jangan dilupa pada yang sudah tiada 
Moga diri sentiasa diberkati sentiasa

Bulan Ramadhan bulan mulia
Bulan Syawal tiba lagi
Menanti Syawal dengan gembira
Bakal sambut raya setahun sekali

Gema takbir mengundang hiba
Salam diutus tanda ingatan 
Syawal dinanti menjelang tiba
Salam diutus mohon kemaafan

Balik kampung raya hati gembira
Sambut syawal serba sederhana
Ingatlah juga yang kurang sempurna
Zakat fitrah janganlah dilupa

Daun ketupat dianyam rapi tersimpul
Gulai di dapur belum bersantan
Sanak saudara riuh berkumpul
Sambut lebaran penuh kesyukuran

Maaf bermaafan di hari raya
Tangan dihulur maaf diterima
Duit raya jangan dilupa
Buat ayah bonda seisi keluarga

Salam diutus tanda ingatan
Syawal dinanti menjelang tiba
Salam diutus mohon kemaafan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN



5 comments:

  1. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya anum..maaf salah dan silap mama...

      Delete
  2. Salam akhir Ramadan
    Selamat menanti lebaran

    ReplyDelete
  3. Terimakasih infonya,.. http://bit.ly/2EqEqQh

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam. Selamat Hari Raya Sis.

    ReplyDelete