ASSALAMUALAIKUM...
HARI RAYA AIDIL FITRI DISAMBUT PADA HARI RABU | In sha Allah umat islam di seluruh Malaysia akan menyambut hari raya Aidil Fitri pada hari Rabu ini.Pengumuman ini telah dibuat semalam oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dan telah disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.


Malam semalam LAST terawih
Pagi TADI LAST sahur
Hari ini LAST puasa 
Maghrib nanti LAST berbuka

Harap Ramadhan Tahun ini
Bukan LAST untuk kita semua
Dalam GURAU ada terkata
Dalam BICARA terkasar bahasa
Dalam Tindakan terguris rasa
Dalam HIDUP tak ada yang tak buat dosa

1 Syawal menjelang tiba
Takbir bergema mengegarkan jiwa
Sekiranya ada salah dan dosa
Ampun dipinta dihari mulia

Ketupat pulut di atas para 
Hendak direbus di tepi perigi
Ucapan di hantar pengganti diri
Tanda ingatan di Aidil Fitri
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN.



p/s baru nak pi cari bahan untuk menu hari raya...