ASSALAMUALAIKUM...
30 JULAI HARI KELEPASAN AM TAMBAHAN BAGI SELURUH NEGARA | Bagi yang bekerja mesti seronok mendengar berita tentang cuti tambahan ini kan..cuti tambahan ini telah dikeluarkan sebagai cuti sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke XVI...
Pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan ini 
menurut Ketua Setiausaha Negara, Dr.Ismail Bakar,  dibuat berdasarkan Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Manakala bagi Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing.