ASSALAMUALAIKUM...
THE STRAITS KOPITIAM  SAJIAN ISTIMEWA MENGGAMIT NOSTALGIA | Bila sebut kopitiam pasti korang akan teringat akan kopi yang dihidangkan itu pastinya yang kaw-kaw...pasti korang akan teringat sajian kopi lama di zaman silam 70an atau 80an dulu...bila berada di The Straits Kopitiam ini, memang itulah perasan yang akan korang rasai seperti sedang berada di kopitiam di masa dulu-dulu...

The Straits Kopitiam Ulu Tiram ini merupakan outlet pertama di Johor dimana konsep kopitiamnya bertemakan Colonial hitam dan putih untuk keselesaan pengunjung seperti berada di zaman kopitiam dulu kala.

Akan ada beberapa lagi outlet yang akan dibuka seperti outlet NSK Pandan Johor pada 1Jun nanti dan menyusulnya 2 outlet lagi akan dibuka pula,menjadikan keseluruhannya 4 outlet bersama konsep beca untuk ais kepalnya.

Temanya yang classic dan santai ni membuat korang akan teringat nostalgia dulu-dulu.. Bila korang berada di sini juga terdapat stall beca untuk Ais Kepal Special dan ianya salah satu tarikan yang menarik perhatian pelanggan untuk datang ke sini..
Pilih saja korang ingin berada di dalam untuk lebih privasi atau berada di luar saja...harga setiap makanan yang disediakan di sini amat berpatutan dan kopitiam ini akan memulakan operasinya seawal jam 10pagi.
Memang cantikkan layout dalaman The Straits Kopitiam ni,seperti berada di kedai kopitiam di zaman 70an atau 80an dulu-dulu...korang bolehlah datang singgah ke sini untuk merasai makanan dan pengalaman istimewa ini...
Memang seronok sangat kalau dapat bersarapan pagi bersama keluarga dan pekena kopi yang sedap dan kaw-kaw di sini...menariknya cawan dan pinggan yang disediakan di sini adalah cawan yang biasa digunakan oleh kedai kopitiam dulu-dulu kala..memang menggamit nostalgia sungguh bila berada di sini...
Pada bulan Ramadhan nanti The Straits Kopitiam akan menawarkan set ramadhan untuk korang juga,dimana mereka akan menyediakan 2 set Ramadhan Special iaitu 
Nasi Ambang dan Rewang Briyani

Bagi korang yang meminati nasi ambang ni memang disarankan merasai sendiri keenakkan nasi ambang yang ada di sini..bila merasai nasi ambangnya di sini seolah-olah korang sedang berada di satu majlis rewang di kampung jer.

PAKEJ RAMADHAN SPECIAL 
 1 Set Nasi Ambang + Sirap Limau Selasih hanya RM9.80
Bagi set kedua Ramadhan Special Rewang Briyani ini ianya disediakan di dalam dulang rewang dulu-dulu dan boleh dimakan seramai 3 atau 4orang dalam satu masa..memang specialkan hidangannya,kalau korang ingin merasai pengalamannya bolehlah mencuba sendiri pengalaman ini pada bulan Ramadhan nanti yer...set ini lengkap dengan minuman dan sangat berbaloi baloi,harga satu set Rewang Briyani ini adalah RM 58.80..Korang boleh menikmati kesemua set ini hanya di The Straits Kopitiam Ulu Tiram ini.
 The Straits Kopitiam juga menyediakan pencuci mulut yang special iaitu Ais Kepal..memang susah nak dapat ais kepal di Johor ni, jadi pada korang yang ingin mencubanya bolehlah datang merasainya sendiri Ais Kepal ini..harga memang berpatutan hanya  RM2.30..korang boleh buat pilihan Ais Kepal  perasa apa yang korang inginkan...
 Pencuci mulut keduanya adalah Cendol Special Penang ini...memang kaw-kaw la kalau korang nak tahu rasanya memamg awesome sangat,santan, gula melakanya yang pekat,mee cendolnya buatan sendiri,isi kacang merahnya memang lain sangat la bila makan cendol ni seperti korang sedang berada di kampung-kampung la gayanya..
 Selain itu ada juga aiskrim untuk pencuci mulut.
Inilah antara menu yang terdapat di sini juga...antaranya Laksa Johor,Laksa Penang Ikan Sekoq dan Mee Udang Penang..semua menunya sedap-sedap belaka..semua rasanya adalah original dari Penang...masih banyak lagi menu yang disediakan di sini jadi kalau korang ingin mencuba bolehlah datang ke 

THE STRAITS KOPITIAM
NSK ULU TIRAM,
LOT NO 16 KM 20,
JALAN KOTA TINGGI
81800 ULU TIRAM JOHOR
(Bersebelahan NSK Ulu Tiram)