Monday, May 20, 2019

RESIPI JAP CHEE MUDAH SIMPLE ALA KOREA

ASSALAMUALAIKUM..
RESIPI JAP CHEE MUDAH SIMPLE ALA KOREA | Inilah dia kalau tekak ni teringin nak makan makanan Korea...masak jee la sendiri di rumah..janji ada rasa japchee dan bila makan tu berangan jer la korang sedang makan kat Korea..hahahaaa berangan tu baik mana tahu dapat pergi Korea...okaylah jom kita tengok resipi mudahnya kat bawah ni...
 Bahan-bahan yang diperlukan...
-soo hoon (rendamkan,toskan dan gaulkan minyak sedikit)
-cili benggala(dihiris)
-karot(dihiris)
-jagung muda(potong ikut suka)
-cendawan shitake (hiriskan)
-kalau ada daging leh letak ni tak ada tak payah
-hiris bawang besar 
-cincang bawang putih
-sedikit minyak bijan
-kicap cair
-kalau suka boleh tambah perasa
-bijan
Cara Memasaknya
-Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih yang telah dicincang tadi.
-Masukkan karot dahulu,pastu masukkan cili,jagung,cendawan shitake.Gaulkan kesemuanya.
-Masukkan soo hoon,kicap cair dan sedikit minyak bijan.Kacaukan sehingga rata kesemua bahannya.
-Tambahkan perisa jika suka.Setelah siap taburkan bijan diatasnya..Akhir sekali japchee simple dan mudah siap untuk dihidangkan.
Pada korang yang ingin mencuba memasaknya boleh mencuba resipi japchee mudah dan simple dari mama ni...mana tahu boleh pergi ke Korea nanti kan..

p/s berangan dulu..entah bila la nak ke Korea agaknya...



10 comments:

  1. Sedapnya.. pandai mama membuatnya..

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaaaa. i need to make thisssss

    ReplyDelete
  3. wahhhh kita pun suka makan japchae!

    ReplyDelete
  4. sekali pandang macam sayur goreng jawa dalam nasi ambeng, rupanya masakan Korea ya, hihi. Sy kalua jenis sayur macam ni memang meratah ajelah, sedar2 dah habis semangkuk.

    ReplyDelete
  5. Waa nampak mudah ye Maaa..nanti bolehlah cubanya...anak-anak suka ni...

    ReplyDelete