ASSALAMUALAIKUM..
PUNCA SAKIT BATU KARANG DAN RAWATAN PENCEGAHANNYA | Tiba-tiba hubby sakit pula semalam,susah nak buang air kecil,kencing macam tak lawas jer jadi terpaksalah mama bawa hubby berjumpa doktor untuk rawatan...risau juga takut melarat sakitnya,kalau dah teruk lagi susahlah jawabnya nanti...sekarang ni macam-macam penyakit yang kerap singgah jika kita tidak mengamalkan cara hidup yang sihat...macam hubby mama ni,walaupun masih dikawal cara pemakanannya tapi boleh juga diserang sakit,kalau tak dijaga mungkin akan terjadi lebih teruk..
Masyarakat kita sekarang ini selalunya suka mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat,suka makan makanan segera,minum minuman yang bergas tanpa menghiraukan tahap kesihatan diri.Budaya mengamalkan makanan yang tidak seimbang akan mudah mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan dalam jangka yang panjang dan ianya boleh menyebabkan tubuh badan berisiko mengalami sakit batu karang ini.

Penyakit 'Urolithiasis' atau bahasa mudahnya dan yang biasa kita ketahui adalah sakit 'Batu karang'.Sakit ini mudah terjadi di kawasan buah pinggang dan hinggalah ke pundi kencing.Pesakit akan mengalami kesukaran untuk membuang air kecil yang disebabkan batu kecil kristal dan tajam di saluran kencing malah ianya akan terasa sakit ketika hendak membuang air kecil.Kita semua sepatutnya perlu ambil tahu punca dan rawatan pencegahan awal sebelum terjadinya sakit batu karang ini.
4 Jenis Batu Karang

1-Calcium oxalate
Ianya merupakan 80% batu karang yang terhasil dari campuran dengan bahan kalsium.Bentuknya bercabang dan tajam.

2-Calcium phospate

Ianya 10% batu karang yang terjadi akibat jangkitan kuman dalam air kencing yang bersifat akali.

3-Asid Urik

Akibat dari serangan gout

4-Cystin atau systine


Punca Sakit Batu Karang
1-Kurang Minum Air
Setiap badan manusia sepatutnya memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk mengelakkan berlakunya dehirasi.Kekadang sukar untuk kita mempraktikkan pengambilan air yang secukupnya setiap hari tambahan pada mereka yang tidak suka meminum air akan menyebabkan kencing lebih pekat dan tidak lawas.Sebenarnya jika kita kurang pengambilan air setiap hari mungkin berlakunya pembentukan batu karang dalam air kencing.

2-Makan Vitamin C berlebihan
Pengambilan vitamin C berlebihan mungkin menjadi salah satu penyumbangnya sakit batu karang.Oleh itu pengambilan Vitamin C berlebihan lebih berisiko membawa kemudaratan kerana ianya menyingkirkan kompaun oxalate dalam badan dan membawa kepada penghasilan batu karang.

3-Garam Yang Berlebihan
Garam masakan mengandungi natrium yang tinggi dan jika pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan pembentukan batu karang.Natrium garam yang banyak akan menyebabkan banyak kalsium masuk ke dalam air kencing.

4-Lemak Omega 6
Omega 6 atau lemak haiwan dan beberapa jenis minyak sayuran boleh juga mendorong pembentukan batu karang.Lemak ini juga boleh mempengaruhi kemasukan oxalate dan mengurangkan pergerakan kandungan citrate ke dalam air kencing.Dengan kata lainnya batu karang boleh terbentuk apabila wujudnya unsur kalsium dan oxalate dalam kuantiti yang banyak dalam air kencing.

Tanda-tanda Batu Karang
1-Antara tanda-tanda awal sakit batu karang ini adalah sakit belakang,kencing kotor,sakit ketika buang air kecil dan kencing berdarah.
2-Batu karang yang bergerak melalui ureter dan tersekat menyebabkan saluran ureter mengembang lalu membuatkan si pesakit sakit di bahagian belakang.
3-Pesakit akan mengalami sakit di belakang kiri atau kanan bergantung pada tempat batu karang itu berada.Kesannya akan turut dirasai sehingga ke bahagian kemaluan pesakit.Tanda lain sakit ini adalah loya dan muntah.Pesakit batu karang yang tidak mengalami kesakitan adalah berkemungkinan mempunyai masalah batu karang bercabang.
4-Sakit di sisi atau dibawah tulang rusuk.Apabila terjadi sakitnya boleh sampai ke telur zakar bagi lelaki dan rasa sakit itu seperti bergerak ke depan apabila ditolak oleh air kencing.

5-Air kencing kotor,kencing tak lawas,kencing terlalu kerap ,air kencing keruh,air kencing berbuih,air kencing berbau busuk merupakan salah satu petanda masalah batu karang.


6-Kencing berdarah pun adalah salah satu petanda kita menghidap batu karang.


7-Loya atau muntah juga salah satu tanda menghidap batu karang.


8-Kencing bernanah  


9-Kesukaran untuk membuang air kencing.


10-Demam mengigil secara tiba-tiba


11-Tubuh badan menjadi lemah, muka kelihatan pucat dan kulit menjadi kering.

Makanan yang perlu dielakkan
1-Kacang tanah,walnut,gajus kacang dal
2-Ikan bilis, ikan sardin
3-Bayam, cendawan
4-Organ dalaman haiwan, daging merah
5-Makanan laut ketam,udang,kerang
6-Kentang dan keledek
7-Teh,coklat dan soya



Batu karang yang tidak diubati akan menyebabkan berlakunya masalah kegagalan buah pinggang,jangkitan kuman bernanah dalam buah pinggang,boleh menyebabkan kematian dan kesakitan yang datang secara tiba-tiba itu boleh membuat pesakit hilang pertimbangan.



Di harap dengan sedikit perkongsian ini kita dapat mencegah penyakit ini lebih awal jika ianya terjadi pada ahli keluarga kita sendiri nanti.Bila ada ahli keluarga yang menghadapi sakit yang begini perlulah kita ambil tahu serba sedikit punca dan cara mengatasinya dari awal.Mencegah dahulu adalah lebih baik dari kita mengubatinya...


p/s sakit hubby pun dah semakin berkurangan setelah dapat rawatan doktor...