Sunday, April 21, 2019

KEMBANG KE KLINIK HARI INI

ASSALAMUALAIKUM...
KEMBANG KE KLINIK HARI INI | Pagi tadi hantar anak pergi kerja dahulu lepas tu balik ke rumah ambil Kembang kemudian bawa ke klinik pula..sebelum sempat keluar rumah bengkak kat telinga Kembang dah pecah rupa-rupanya...habis keluar darah dan nanah terpaksalah lap dahulu semuanya baru bawa kembang ke klinik...
Nasib baik kat klinik tadi tak ramai orang jadi tak payahlah nak tunggu lama sangat giliran kami dipanggil...
Hubby ambil nombor giliran di kaunter...
Menunggu nombor giliran dipanggil..
 Sampai giliran dipanggil siap sedialah nak buat rawatan kat si Kembang...tak boleh nak pandang masa staff tu buat rawatan kat si Kembang...
Ambil gambar pun tak pandang tepat kat si Kembang sebab ngeri bila bisul Kembang dipicit untuk mengeluarkan saki baki darah dan nanah tu...tu sebab tak boleh jadi nurse atau doktor,nampak darah jer dah nak pengsan...hubby yang tolong pegangkan takut si Kembang meronta...kena 2 kali cucuk kat punggung si Kembang...injection untuk mengurangkan bengkak dan antibiotik...harap lepas ni keadaan si Kembang berkuranganlah hendaknya...

p/s pray for Kembang...

3 comments:

  1. Moga kembang segera sihat..dan luka Kembang segera kering dan pulih.

    ReplyDelete
  2. Ingat kembang apa laaa Mama...rupa kucing Mama hehehehe....
    Moga Kembang sihat yaaa....

    ReplyDelete