ASSALAMUALAIKUM..
PRAY FOR KEMBANG | Kesian pulak tengok si Kembang ni tiba-tiba sakit..tak tahu nak cakap dia kena sakit apa,rasanya dah 2 hari diam,monyok jer makan pun tak mahu...asyik dok memerap dalam bilik anak mama...sebelum sakit tempohari ada terdengar Kembang bergaduh dengan kucing jiran sebelah,bergaduh kat ruang depan rumah jiran ni jadi nak halau dari bergaduh pun tak boleh...tak sangka pulak jadi macam ni sekali...kalau esok tak baik juga terpaksalah bawa juga Kembang ke klinik..
Tadi cuba juga tengok kenapa si Kembang jadi macam ni...nampak macam ada luka kat tepi telinga si Kembang ni...ada luka dan ada bengkak sedikit kat belakang telinga dia...agaknya nilah sebabnya Kembang berkelakuan begini,agaknya sakit akibat bengkak di telinga tu agaknya...tak tahulah kenapa boleh jadi macam ni atau berkemungkinan puncanya dari pergaduhan tempohari...kesian pulak tengok si Kembang ni tak bermaya jer...makan memang dah tak lalu...
Ni lah luka kat bawah telinga kembang tu...mungkin  puncanya adalah dari pergaduhan tempohari..esok kenalah bawa juga Kembang ke klinik supaya dapat ubat atau nasihat dari doktor..

p/s harap Kembang cepat sembuh...