ASSALAMUALAIKUM..
PERTANDINGAN DEKO KEK DI HARI WANITA | Cerita anak  mama masa "Women Day" yang lepas...ada pertandingan mendeko kek yang diadakan di Legoland..banyak department yang menyertai pertandingan mendeko kek ni pada hari tersebut...walaupun anak mama bercuti pada hari tu tapi dek kerana nak sangat menjoinkan diri sanggup datang untuk menyertai pertandingan ini sekali...
4 orang dalam setiap group yang menyertai...masing-masing melakukan apa yang perlu untuk menghias kek masing-masing...kek memang disediakan dan setiap group hanya perlu mendeko kek itu mengikut cara masing-masing..
Sibuk membuat bunga fondant untuk dihias diatas kek...
 Akhirnya siap juga kek yang telah dihiaskan dengan krim dan bunga fondant...
Bergambar bersama kawan-kawan anak mama yang hadir memberi sokongan...
 Kek hasil dari air tangan group anak mama...di bawah ni kek-kek dari lain-lain group yang turut serta dalam pertandingan ini...




Kek dari group anak mama akhirnya telah berjaya mendapat tempat pertama dan berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM200 dan juga hamper..