CERITA PAGI MINGGU

February 11, 2019

ASSALAMUALAIKUM...

CERITA PAGI MINGGU | Rutin mama dan hubby di pagi Sabtu dan Ahad setiap hujung minggu,mestilah hantar anak ke tempat kerja..sorang masih trauma nak bawa kereta dan sorang lagi malas nak drive...itulah rutin mama dan hubby kalau hujung minggu...bagus juga sebab dalam perjalanan balik tu, bolehlah terus singgah ke Tesco Mutiara Rini cari barang dapur kat sana..hujung minggu sajalah dapat jenjalan berdating berdua dengan hubby..bila dah keluar berdua hujung minggu macam ni, bab masak di rumah kenalah cuti jawabnya,cari jer la makan kat luar saja..bila dah berdua saja di rumah memang malaslah mama nak memasak jadi kami makan tengahari di luar dulu,bila perut dah kenyang barulah boleh gerak balik...kat rumah nanti tak payahlah susah lagi nak memasak,boleh berehat dan buat apa-apa yang patut...menu petang pula boleh fikir kemudian...
Inilah menu makan tengahari mama...ambil serba sedikit menu yang ingin dimakan saja...ambil banyak-banyak pun kalau tak habis nanti memang membazir jer...
Hubby pun kalau makan diluar ni bukannya makan banyak sangat pun,ambil nasi sedikit dan hanya lebihkan lauk saja sekarang ni...walaupun makan di luar,memilih menu tu pun penting juga..walau macam mana pun kesihatan tetap nombor satu yang perlu kita jaga...

p/s teringin pulak tekak ni nak pi makan steak...

You Might Also Like

6 000 jiran datang mendoakan mama

  1. sama lah kita kak, tak suka sangat makan nasi banyak. Lebihkan lauk dengan sayur je

    ReplyDelete
  2. Kita pun sama Mama, dah tinggal berdua kalau dengan Suami, memang makan kat luar aje kejenya..tu yang satu JB kita round makan hehehe..

    Maaa, template mama ni boleh guna gambar extra large, tak kembang Maaa, boleh nengok view besau heheheh

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum mama..lama betul saya tak ziarah mama. bertahun jugak lah rasanya.. rajin betul mama update blog ye.

    ReplyDelete
  4. eee saya nampak telur masin kat pinggan encik zul tuuu...saya pun suka ambil telur masin kalau makan nasi campur kat luar..hihihi

    ReplyDelete
  5. makan steak masa dinner pulak :D

    ReplyDelete