Waktu Terdesak Jangan Panik Ada Penyelesaiannya | Hari minggu biasanya kaum ibu-ibu pasti nak memasak menu istimewa jadi jangan risau kalau kehabisan gas sebab jalan penyelesaian ada di rumah.Pada ibu-ibu yang ketiadaan benda ini memang kenalah beli satu untuk simpanan dimasa terdesak macam ni..hari ni jadual masak mama sepatutnya free sebab ada jemputan kawin tapi memikirkan anak yang request menu ni jadi kenalah masakkan sedikit untuknya...lagi pulak anak mama yang bongsu tu hendak mengikut kakaknya ke Singapura hari ni untuk menghantar suaminya ke airport Cangi untuk terbang balik ke Dubai setelah bercuti seminggu..
Bila memikirkan nak keluar berjalan tu,jadi masakkan juga menu yang diminta supaya nanti tak terkempunan..risau juga kalau jadi apa-apa berlaku rasa bersalah pulak nanti...mintanya janganlah ada perkara buruk berlakukan..hati mak-mak ni memang sentiasa risau memikirkan anak-anak...moga dipermudahkan urusan anak-anakku hari ini..jomlah kita sambung cerita mama tadi...
Bila kita sedang memasak dan kehabisan gas memang rasa macam frust sesangat,dahlah gas spare tiada dalam simpanan jadi nak masak cepat pun tak boleh..nasib baik ada jalan penyelesaiannya...bila fikirkan memang elok ada satu dapur induction ini dalam simpanan jadi bila kecemasan macam ni bolehlah digunakan.
Inilah menu yang direquest oleh anak mama 'daging masak merah'...masa gas habis tadi daging masih berada di dalam kuali jadi terpaksalah pindahkan ke periuk yang perlu digunakan untuk dapur induction ni...
Dah siap gorengkan daging tu sekejap,tumiskan pula cili..
Tengok tu suhu dapur induction tu asyiklah bertukar-tukar..Kita adjust jer kalau nak cepat kuatkan kalau nak slow turunkan jer suhunya...mudah dan pantas kan...
Haaa.. tu dia dah siap pun menu daging masak merah dari dapur mama ni...menu simple dan mudah sangat...kalau nak resipinya tunggu entri selepas ni yer..okay kita jumpa lagi...
p/s selamat berhujung minggu..jom pi kenduri kawin...
6 Comments
Wow.. Bestnya.. Dapat sebiji letak kat rumah pun ok kan. Klu emergency boleh la guna kan mama
ReplyDeletebetul tu eda...mmg kena ada satu dlm simpanan kita...masa terdesak bolehlah gunakan...
Deletesaya pn ada pakai induction cooker nie..mmg senang..klo gas xde mmg pakai nie je..😊🤗
ReplyDeletesenangkan kalau ada kecemasan macam ni...
Deleteuish, tak pernah terfikir nak ada satu macam ni..bila mama sebut pasal gas habis, ada betulnya jugak tu..kena ada untuk backup sementara tunggu orang hantar tong gas baru kannn
ReplyDeleteyer mmg betul tu sunah...nak tunggu gas sampai mmg lambat...
DeletePost a Comment