Monday, October 22, 2018

9 FAKTA UTAMA JOHOR

ASSALAMUALAIKUM...


9 FAKTA UTAMA JOHOR

1. Johor adalah Negeri pertama yang mempunyai Perlembagaan bertulis (Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895).

2. Johor adalah Negeri pertama yang mewujudkan jawatan Menteri Besar. Menteri Besar Johor Pertama, Dato' Jaafar Bin Muhammad dilantik pada tahun 1886 dan meninggal dunia pada tahun 1919.

3. Bendera Negeri Johor; merah, biru, putih, telah digunakan secara rasmi sejak tahun 1871 sehingga kini.

4. Bendera Johor dikibarkan lebih tinggi daripada Bendera Union Jack, iaitu bendera kerajaan British. Malah selepas kemerdekaan Malaya 1957, ia tetap dikibarkan lebih tinggi daripada bendera persekutuan.

5. Sebelum wujudnya Yang Di-Pertuan Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan Kesultanan Johor. Kesultanan Johor yang telah memberi gelaran Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

6. Gelaran Yang Di-Pertuan Agong yang diperkenalkan pada 1957 mengambil contoh gelaran Yang Di-Pertuan Besar.

7. Johor mendahului negeri-negeri lain dalam idea pembentukan negara-bangsa (Bangsa Johor), sebelum terbentuknya Persekutuan.

8. Johor telah diiktiraf oleh kerajaan British sebagai sebuah negeri yang merdeka dan berkerajaan sendiri pada Disember 1885.

9. Johor satu-satunya negeri yang memiliki angkatan tentera sendiri, iaitu Askar Timbalan Setia Negeri atau Johor Military Force, dan keputusan kehakiman telah mengekalkannya sebagai Hak dan Keistimewaan Sultan dan Rakyat Johor.

No comments:

Post a Comment