ASSALAMUALAIKUM....
Tips Mencuci Oven Lama Jadi Baru | Bila tengok oven lama ni terbiar terasa sayang la sangat...lama jugalah usia oven ni dari masa mama dok kat Melaka lagi dah ada oven kecik ni...lebih kurang dah 18 atau 19 tahun usianya...masih lagi boleh digunakan tapi disebabkan dah berkarat langsung tidak berusik pun...oven ni mama beli dulu ketika anak-anak sibuk nak membesar dan nak belajar membuat kuih raya sendiri...bila tengok semula oven ni mulalah teringat kisah lama-lama dulu...jadi dari oven ni terbiar lebih baik mama bersihkan dan gunakannya semula...banyak juga jasa oven lama mama ni dulu...okay la nanti mama tunjukkan tips bagaimana mama mencuci oven yang dah berkarat ini...jom kita tengok gambar sebelum dan selepas mama bersihkannya...
Oven yang belum dicuci lagi...memang nampak teruk sangat dibahagian dalam oven ni kan..
Oven yang telah dicuci...bagaimana nampak tak perubahan di bahagian dalam oven ni..? Bersih dan seperti oven baru jadinyakan..
Sebelum 
Selepas
Sebelum..
Selepas...
Akhirnya dapat juga digunakan semula oven lama mama ni...
Inilah tips yang mama nak kongsikan dengan kawan-kawan semua bahan yang mama gunakan untuk mencuci oven lama mama ni..hanya dengan 2 bahan ini saja mama dapat membersihkan oven yang berkarat ini dengan cepat dan mudah...

Hanya bermodalkan RM 4 mama dapatkan bahan yang diperlukan ini di kedai ECO saja...kedai viral yang menjual kesemua barangannya dengan harga RM2..span magic dan sabun A1 ini memang berkesan sangat bila mama menggunakannya..tak perlu nak sental kuat-kuat pun, karat kat oven lama mama ni dah boleh tanggal...dengan modal yang murah mama dah boleh dapat oven lama tu berubah rupa seperti baru semula..

Memang berbaloi-baloi guna span dan sabun tu..masih ada lagi stok lebihan span dan sabun tu..boleh juga mama gunakan untuk mencuci bahan-bahan yang lain juga...pada kawan-kawan yang ada masalah macam mama ni bolehlah cari bahan yang mama sebutkan di atas tu dan bolehlah mencuba mencuci...selain itu sabun A1 tu bagus untuk cucian di periuk dan kuali...pasti hasilnya nanti akan buat periuk dan kuali kawan-kawan akan berkilat-kilat bersinarnya...

p/s seronok bila lihat oven seperti baru...