ASSALAMUALAIKUM....
Resipi Mudah Sotong Sumbat Pedas Hubby | Hari ni hubby mengidam nak makan sotong sumbat bercili katanya dan mengoperkan diri hendak memasak menu untuk tengahari ni...mama no hal janji dapat bercuti dari pegang sudip..seronok juga sesekali dapat rasa masakan hubby...lepas baik demam ni,rajin pulak hubby ke dapur...okaylah jom kita tengok resipinya kat bawah ni yer...
Bahan yang diperlukan..
-sotong
-cili kisar
-lidi pendek
-garam
-serbuk perasa
-sedikit gula
Cara memasak...
1-Bersihkan sotong keseluruhannya yer..kepala sotong tu buangkan dakwatnya tau,kang ada jadi hitam semuanya pulak...ambik sotong dan rendamkan sekejap dengan air panas yer jangan biarkan terlalu lama...kemudian toskan airnya...
2-Selepas itu ambil kepala sotong dan sumbatkan ke dalam badannya..sematkan dengan lidi supaya kepala sotong tu tidak akan terkeluar bila dimasak nanti...
2-Panaskan minyak dan kita tumiskan cili dan biarkan sehingga garing..masukkan garam,serbuk perasa dan sedikit gula secukup rasa..kacaukan sehingga cili garing dan kering sedikit..
3-Masukkan sotong yang telah siap direndam tadi ke dalamnya dan kacau sehingga rata... biarkan sekejap dan sotong sumbat bercili pedas siap untuk dihidangkan bersama menu yang lain juga...pada kawan-kawan yang nak mencuba resipi mudah dari hubby mama ni bolehlah mencubanya sendiri...selamat mencuba semuanya...

p/s hubby ni,pantang sihat ada saja kerja yang nak dibuatnya...