Behind The Scene Tour Of LEGO Creative Hub Merlin Magic Making | Bila dah lama entri dok terperap memang jadi masalah kalau terlupa...entri majlis kawin anak pun tak settel lagi ni..bila la nak kembali normal berblog macam dulu lagi ni..macam-macam hal mama perlu utamakan dahulu...dengan cerita hubby sakit lagi, nak jaga cucu-cucu asuhan lagi rasanya macam dah tak ada masa nak menghadap blog ni lagi...tapi tak kisah la biar masa yang menentukannya...kali ni mama upkan entri ni dulu yang lain-lain tu tunggu la yer jika panjang umur dan berkesempatan lagi in sha Allah akan adalah lagi...
Kali ni mama dijemput sebagai wakil media ke event Merlin Magic Making by Legoland...sebenarnya ini adalah tempat yang baru untuk projek pemasangan beribu-ribu model lego di sini...semua keluaran model untuk legoland di seluruh dunia akan di keluarkan dari studionya di sini...memang seronok dapat masuk dan lihat sendiri tempat projek model lego ini dipasangkan...
Ucapan perasmian dari Production Director Merlin Magic Making Mr.Tim Burnell
Speech by Kurt Stocks General Manager Legoland Malaysia Resort
Launch Gimmick Ribbon Cutting and Lion Dance
Bergambar bersama-sama setelah selesai upacara perasamian dan tarian naga...
Setelah itu kami dibawa ke bahagian dalam bangunan Merlin Magic Making ini...satu persatu sesi kami dibawa dan diberikan penerangan bagaimana permulaan model lego itu hendak dibuat...di Merlin Magic Making Studio (MMM) Bahagian Kreatif Global dikenali sebagai salah satu tulang belakang untuk pembangunan dan tarikan di taman tema Legoland.
Kita sering bertanya bagaimana setiap replika kecil di legoland diciptakan dan siapakah mereka disebalik model miniatur ini?Jadi di sinilah pasukan yang terlatih akan membina dan mencipta model lego dari brick-brick lego yang ada demi memastikan model yang dibuat itu terjamin kualitinya untuk tatapan pengunjung yang datang ke Legoland.
Merlin Magic Making pertama kalinya diperbadankan pada Januari 2009 di Gelang Patah untuk memenuhi keperluan Legoland Malaysia Resort.Studio ini mempunyai 60 orang pekerja yang bekerja diseluruh dunia hingga ke Legoland Dubai dan Legoland Jepun.
Bakat tempatan yang banyak telah membuatkannya pilihan yang sempurna untuk ditranformasikan ke Hub Asia untuk semua permintaan yang semakin meningkat di rantau ini.Semua replika lego untuk seluruh dunia akan disiapkan disini dan akan dihantar ke negara yang memerlukannya.
Hab baru ini ditempatkan di I-Park Indahpura Kulai yang akan memasukkan lebih dari 100 orang pekerja menjelang 2020,untuk menyokong pemintaan yang semakin meningkat untuk model-model lego ini.
Ruang dalaman studio Merlin Magic Making ini...kelihatan pekerja sedang sibuk menyiapkan replika lego yang diperlukan di sini.
Inilah diantara brick dan peralatan yang diperlukan untuk proses pembuatan model lego-lego yang diperlukan.
Peralatan replika yang tersusun kemas dirak yang disediakan di studio Merlin Magic Making ini.
Salah satu replika model kapal terbang yang telah siap dibina oleh pasukan yang terlatih.
Di sini juga kami diberikan pengalaman mencantumkan sendiri model-model lego yang telah disediakan. Model yang disediakan adalah untuk replika model untuk Sea Life nanti.Ada juga terselit gambar mama di sini.
Ada 3 jenis brick lego yang disediakan untuk kami mencantumkannya sendiri.Mama dapat mencantumkan 2 model dari 3 model yang disediakan untuk pihak media yang hadir.Boleh juga dijadikan koleksi simpanan dan kenangan.
Inilah model terakhir kuda laut yang mama tak dapat cantumkan kerana kesuntukan masa..jadi dapatlah bawa balik 2 model ikan dan kapal selam tu jer..
Inilah antara cenderahati yang dapat dibawa balik dan bolehlah untuk menambah koleksi peribadi mama.
4 Comments
meriahnya..bestnya..seronok kalau dapat main lego
ReplyDeletemmg meriah sgt..kalau ada budak2 ni lg seronok kn...
Deletesaya nak tanya, memang pekerja dia pakaian macamtu ke atau haritu je ?
ReplyDeletecuma hari event tu saja jer aisyah...
DeletePost a Comment