ASSALAMUALAIKUM....
Bertunang Sekejap Majlis Nikah Selepasnya | Alhamdullilah penat masih tak hilang lagi tapi nak juga update satu entri...majlis bertunang dan majlis nikah anak tempohari...hari yang dijanjikan dan dipersetujui sampai jua..hari bersejarah anak mama akan dinikahkan dengan pasangannya...sebelum majlis nikah berlangsung kami kedua belah pihak bersetuju mengadakan majlis bertunang dahulu...
Bertunang Sekejap Majlis Nikah Selepasnya | Alhamdullilah penat masih tak hilang lagi tapi nak juga update satu entri...majlis bertunang dan majlis nikah anak tempohari...hari yang dijanjikan dan dipersetujui sampai jua..hari bersejarah anak mama akan dinikahkan dengan pasangannya...sebelum majlis nikah berlangsung kami kedua belah pihak bersetuju mengadakan majlis bertunang dahulu...
Masa dan hari yang dijanjikan maka kami sekeluarga gembira bakal menerima seorang lagi anak menantu lelaki sebagai ahli keluarga yang baru...sebelum majlis nikah dijalankan kami adakan majlis bertunang dahulu..
Alhamdullilah majlis bertunang berjalan dengan lancar dan kedua belah pihak telah bersetuju dan telah mencapai kata sepakat untuk menjalankan majlis nikah mereka pula...
Majlis akad nikah hari itu berjalan dengan mudah dan tenang...akhirnya semua urusan dipermudahkan dan anakandaku telah selamat bergelar seorang isteri buat pasangannya...beban dan segala tanggungjawab yang ditanggung dibahu ayah untuk anak perempuannya berakhir bila akad dan nikah diterima...walaupun begitu mereka tetap anak-anak perempuan kami sampai bila-bila jua...
Majlis membatalkan air sembahyang dijalankan...selamat semuanya semoga anakandaku dapat menjalani hidup berumahtangga dengan baik nanti..jagalah amanah yang akan diberikan tanggungjawab dalam berumahtangga setia pada suami dan binalah rumahtangga dengan setia dan semoga beroleh anak yang soleh dan solehah...aamiin..
"Sah Kau jadi milikku di dunia dan diakhirat...aamiin"
Pasangan pengantin baru untuk sesi bergambar pula...
Selamat Pengantin Baru Anakku
Nurul Azlin Binti Dzolkarnine
dan pasangannya
Muhamad Sallehuddin
13 Julai 2018
p/s alhamdullilah berakhir part 1.....
11 Comments
Selamat pengantin baru..tahniah mama..dapat menantu..
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahniah mama..sama tarikh kami...13 juga..tapi saya 13 Disember..hihihi
ReplyDeleteAlhamdulillah, sama cantik sama padan. Barakallah, semoga memperoleh keluarga yang sakinah, mawaddah, dan warahmah.
ReplyDeletecantikkknyaaa baju pengantin...sweeet sangattt....
ReplyDeleteAlhamdulilah...moga bahaga melayari bahtera hngga ke Jannah..
ReplyDeletealhamdulillah. tahniah untuk pengantin dan seluruh keluarga ^_^
ReplyDeleteselamat pengantin bru, syok la dpt tmbah menantu, seronok rya ramai2..hihi
ReplyDeleteberseri-seri pengantin..selamat melayari alam rumah tangga
ReplyDeletecantiknya dia...selamat pengantin baru untuk anak mama,dan untuk mama,selamat menerima menantu..Take care mama..jaga kesihatan ye...lbiusss
ReplyDeleteBila part 2 nya ni mama. . Jgn ngelat eh? Hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahniah mama. Senang sekali harung macam nie, banyak yang boleh dijimatkan.
ReplyDeletePost a Comment