23 July 2018

BERTUNANG SEKEJAP MAJLIS NIKAH SELEPASNYA

July 23, 2018 13 Comments
ASSALAMUALAIKUM....
Bertunang Sekejap Majlis Nikah Selepasnya | Alhamdullilah penat masih tak hilang lagi tapi nak juga update satu entri...majlis bertunang dan majlis nikah anak tempohari...hari yang dijanjikan dan dipersetujui sampai jua..hari bersejarah anak mama akan dinikahkan dengan pasangannya...sebelum majlis nikah berlangsung kami kedua belah pihak bersetuju mengadakan majlis bertunang dahulu...
Masa dan hari yang dijanjikan maka kami sekeluarga gembira bakal menerima seorang lagi anak menantu lelaki sebagai ahli keluarga yang baru...sebelum majlis nikah dijalankan kami adakan majlis bertunang dahulu..
Alhamdullilah majlis bertunang berjalan dengan lancar dan kedua belah pihak telah bersetuju dan telah mencapai kata sepakat untuk menjalankan majlis nikah mereka pula...
Majlis akad nikah hari itu berjalan dengan mudah dan tenang...akhirnya semua urusan dipermudahkan dan anakandaku telah selamat bergelar seorang isteri buat pasangannya...beban dan segala tanggungjawab yang ditanggung dibahu ayah untuk anak perempuannya berakhir bila akad dan nikah diterima...walaupun begitu mereka tetap anak-anak perempuan kami sampai bila-bila jua... 
Majlis membatalkan air sembahyang dijalankan...selamat semuanya semoga anakandaku dapat menjalani hidup berumahtangga dengan baik nanti..jagalah amanah yang akan diberikan tanggungjawab dalam berumahtangga setia pada suami dan binalah rumahtangga dengan setia dan semoga beroleh anak yang soleh dan solehah...aamiin..
"Sah Kau jadi milikku di dunia dan diakhirat...aamiin"

Pasangan pengantin baru untuk sesi bergambar pula...

Selamat Pengantin Baru Anakku
Nurul Azlin Binti Dzolkarnine
dan pasangannya
Muhamad Sallehuddin
13 Julai 2018

p/s alhamdullilah berakhir part 1.....

17 July 2018

HAPPY BORNDAY FOR MY SOULMATE

July 17, 2018 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Happy Bornday For My Soulmate | Selamat hari lahir yang ke 56tahun buat suamiku Dzolkarnine Bin Hassim...tiada apa yang mampu diucapkan hanya berharap abang akan diberikan kesihatan yang baik,panjang umur dan diberikan kebahagiaan selalu...selamat hari lahir abanggg...!!

 Hadiah dari anak-anak untuk ayah tercinta...



 Kami semua menyayangi mu...



11 July 2018

SIRIH JUNJUNG ASAL BOLEH

July 11, 2018 9 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Sirih Junjung Asal Boleh | Kalau bab kawin ni semua benda kena difikirkan dari A hingga ke Z...kalau nak suruh orang buatkan memang boleh jer tapi kenalah sediakan duitnya saja...tapi kalau rajin dan ada masa boleh juga kalau nak buat sendiri...kalau buat sendiri kenalah kreatif dan buat ikut kesukaan kita sendiri jee...ikut sedap mata tuan yang membuatnya jee la...kali ni buat sirih junjung ikut suka jer....janji ada daun sirih dan bunga-bunga sikit kira okay la tu...Kali ni buat sirih junjung guna sirih plastik jee...lebih senang dan mudah...tak lah risau daun sirih tu kering ke apa nanti...sirih junjung buatan tangan sendiri jee...

  Bila dah dicucuk sana cucuk sini inilah rupa sirih junjung buatan tangan sendiri..okaylah janji ada rupa sirih junjungnya...Macam mana kawan-kawan okay tak sirih junjung buatan tangan mama yang kurang berseni ni...ni namanya sirih junjung asal boleh jer...

P/s simple tu mudah...


10 July 2018

WEDDING PHOTOBOOTH SIMPLE

July 10, 2018 5 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Wedding Photobooth Simple | Settel bab-bab photobooth ni..buat ikut tema mana yang dah tersedia ada...memandangkan dah ada garden depan rumah mama ni jadi mama buatkan photobooth ala-ala garden jee la...cuma tambahkan sikit-sikit barang ikut tema wedding jer...

Photobooth simple untuk wedding anak mama...buat ikut citarasa hati, asal nampak cantik dah puas hati...tak tahu la apa pandangan tetamu yang datang nanti...
Dah ada barangan sedia ada cuma mama tambahkan sikit-sikit jer barangan lainnya...
Letakkan jer mana yang perlu kalau ada yang tak sedap mata memandang boleh alih kemudian selagi majlis belum dijalankan....
Okaylah ni...siap juga tapi masih lagi memikirkan nak letakkan kat mana yang paling sesuai...
Propnya siap jer dah ada model kecik mencuba mengayakannya..

p/s tunggu harinya...

RAYA KE 3 | BERAYA DI LEGOLAND

July 10, 2018 5 Comments
ASSALAMUALAIKUM....
Raya Ke 3 Beraya Di Legoland | Cerita throwback hari raya ke 3 tempohari...bawa anak saudara dan cucu saudara masuk ke legoland...walaupun panas tetap enjoy berjimba bersama di legoland...masuk ke legoland jer dah ada persembahan hari raya...dapat juga melihat persembahan mereka dan bergambar bersama-sama di sini...hari ni sempat juga mama nak update satu enteri ni...dalam kesibukan menjelang majlis di rumah mama Jumaat ni ada juga entri ke legoland ni...
Puas hati masing-masing dapat masuk ke sini...
Persembahan hari raya diadakan di sini...

Kami jelajah satu persatu tempat yang ada di sini...rugi kalau dah masuk tak jelajah kesemua tempat...posing itu perkara wajib yang perlu dilakukan untuk kenangan nanti...
melayankan cucu saudara melihat wayang 4D...peace yooo...
Kami beratur menunggu untuk menaiki tren...kalau dah cuti raya memang ramai yang ambil kesempatan berjimba ke sini...
Posing dahulu sebelum masuk ke Ninjago...kami berposing di depan Ride Ninjago...
Sebelum wayang 4D bermula sempat posing dahulu...
Grnadma dan atok nak juga posing sama-sama...puas hati atok dan grandma dapat bawa masuk cucu dan anak saudara masuk ke legoland...enjoy semua hari tu...

p/s kita jumpa lagi sambungan raya di legoland ini yer...

09 July 2018

PENGANTIN FITTING BAJU KAWIN

July 09, 2018 13 Comments

ASSALAMUALAIKUM...

Pengantin Fitting Baju Kawin | Semalam ikut anak pergi ke butik pengantin untuk test baju kawin yang akan dipakai samada muat atau tidak...nampak macam dah okay jer bajunya...bila test bahagian bawah bampak macam ketat sedikit jadi terpaksalah besarkan sedikit dulu....hari selasa fitting semula nak tengok okay ke tak sebelum majlis anak mama ni...

Alhamdullilah ! 80% proses dah siapa sedia tunggu settel semua perkara pada hari majlisnya jumaat nanti...harap dipermudahkan semua urasan dan diberkati...
Baju pengantin lelaki dah okay tak perlu diubahkan lagi...tunggu pakai jer semasa majlis nanti...

p/s yang berdekatan Johor ni jika ada kelapangan silalah datang ke majlis kawin anak mama ni yer...

06 July 2018

DUGAAN SEBELUM MAJLIS ANAK

July 06, 2018 8 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Dugaan Sebelum Majlis Anak Kali Ini | Majlis anak sulung dulu pun ada dugaannya kalau yang nak tahu tekan sini... tak sangka majlis yang kedua ni pun masih ada dugaan yang perlu mama hadapi...kali ini hubby,mama dan anak yang bongsu pula pula yang hadapi sakitnya..hubby tak sihat kesihatannya..dah beberapa kali asyik diserang sesak nafas jer ni...risau juga dibuatnya takut serangan jantung secara tiba-tiba memandangkan majlis kawin anak ni dah tinggal beberapa hari jer lagi...
Mama pun alami sakit juga tapi bukan penyakit yang sama dengan hubby,mama mengalami sakit dipergelangan siku tangan kiri ni...nak angkat benda berat rasanya macam dah tak larat sebab kesakitan...biarkan dulu sakitnya dan mama masih tak buat check up kat klinik memandangkan kesakitannya masih boleh dicontrol...nak buat kerja pun kenalah hati-hati supaya sakitnya tak melarat terus...selagi tak settel majlis memang risau semua benda.. bermacam-macam perasan risau bermain di minda mama sekarang ini...fikirkan hubby,fikirkan sakit sendiri,sakit anak dan majlis kawin ni...
Anak yang bongsu pula sakit kat bahagian pinggang,itupun mama risau juga sebab masih muda lagi dah sakit macam ni...dulu pun dia pernah 2kali jatuh kat tempat kerja dan accident semasa nak pergi kerja dulu...mama takut effectnya baru sekarang terasa...mama dah bawa anak ke klinik checkup dulu...doktor cuma bagitahu berkemungkinan ada slip-disc tapi doktor bagi ubat dulu dan pantau beberapa hari jika masih tak kurang sakitnya terpaksalah bawa anak ke hospital besar juga untuk buat x-ray...besar juga dugaan sebelum majlis mama kali ini...berharap sangat Allah dapat bagi kekuatan pada mama untuk hadapi semuanya dengan mudah dan tenang...
UJIAN ITU TANDA ALLAH MASIH SAYANG PADA HAMBANYA..
Dalam hadis Qudsi Allah berfirman :
"Pergilah pada hambaKU lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana AKU ingin mendengar rintihannya"
(HR Thabrani dari Abu Umamah)

p/s hadapi semuanya dengan hati terbuka...

02 July 2018

KESIBUKKAN MELANDA SELAGI BELUM SELESAI MAJLIS

July 02, 2018 3 Comments

ASSALAMUALAIKUM....
Kesibukkan Selagi Belum Selesai | Memang sibuk sangat mama sekarang ni selagi majlis tak selesai..biasalah kalau ada kenduri kawin macam ni...selagi tak selesai majlis ada saja benda yang perlu dilakukan...buat sikit-sikit dulu last minit baru buat all out semuanya...

Sibuk mama sekarang ni, buatkan gubahan hantaran untuk anak...tangan memang dah tak berseni tapi nak juga buatkan gubahan hantaran untuk anak mama ni...letak jer la janji cantik kejadiannya...
Keluarkan bunga telur ni letak siap-siap kat kakinya nanti bila telurnya dah siap direbus barulah masukkan dalam sarungnya bila dah dekat hari majlisnya nanti...
Dapat juga siapkan bekas hantaran untuk sebelah lelaki sekali...inilah bekas yang dah siap digubah dengan bunga tapi barang2nya masih tak diletakkan lagi...gubahan dari tangan mama yang tak berseni ni...dah hantar pun bekas hantaran ni kat sebelah lelaki dan yang lain-lain tu biarlah mereka siapkan nanti...
Contoh gubahan hantaran dari pihak perempuan untuk sebelah pihak lelaki...baru test cuba letakkan apa yang perlunya hanya tinggal nak letak barang dan kemaskan sedikit-sedikit jer...cukuplah dapat juga buat gubahan untuk anak dari tangan tak berseni mama ni...

p/s banyak yang perlu dibuat lagi...