04 June 2018

# Muhamad Darwisy Zulkarnain

DARWISY PALING SUSAH MEMILIH

ASSALAMUALAIKUM...
Darwisy Paling Susah Memilih | Kalau ikut grandma ke sini mesti ada saja yang diinginkannya tapi itulah cucu grandma sorang ni memang susah sangat nak memilih barang apa yang perlu dibelinya...berkali-kali memusing dalam kedai DIY ni tapi masih tak dapat apa yang disukainya...
Terpaksalah grandma mengikut mencari barang apa yang Darwisy nak tu...kekadang barang yang dah ada nak juga dibeli lagi...
Letih grandma mengikut Darwisy pusing kat tempat mainan dalam kedai DIY ni..sampai hujung kedai pun masih tak dapat juga apa benda yang dia suka tu...
Tengok tu punya la banyak last-last kat sini dia stop dan memerhatikan benda yang disukainya...
Ingatkan nak memillih topeng-topeng hari jadi ni tapi rupanya lain benda yang diambilnya...
Hai cucu grandma sorang ni !! dah puas memusing satu kedai DIY benda yang ini yang diambilnya...ingatkan apalah bendanya, sampai susah sangat nak memilihnya...ikutkan jer la Darwisy ! color feveret tetap color pink...susah betul cucu grandma sorang ni nak memilih,jangan esok dah besar nak cari calon isteri pun susah juga nak memilih, pening kepala dan parah juga grandma dibuatnya...

p/s layankan cucu lelaki grandma sorang ni...

1 comment: