Assalamualaikum semua...


Tips Untuk mengawal Perasan Cemburu | Cemburu !!! semua orang kat dunia ini memiliki sifat ini tidak terkecuali mama juga... perempuan la katakan tak lepas dari sikap cemburu ni tapi jangan terlampau sangat yer nanti susah jadinya jadi cemburu buta plak...lelaki pun ada juga sifat cemburu nyer juga tapi eloklah berpada-pada bila kita mengalaminya...

Tapi hari ini mama tidak ada perasan cemburu pun dengan sesiapa hanya nak berkongsi tips nyer dengan kekawan dan bagaimana nak mengawal emosi apabila cemburu kita itu datang melanda ...Cemburu ini adalah salah satu perkara yang amat kita risaukan sekali apabila kita mempunyai pasangan yang terlalu kuat cemburunya atau diri kita sendiri yang cemburu...

Oleh itu pada sesiapa yang mempunyai pasangan yang ada sifat-sifat cemburu ini atau kekawan sendiri yang mempunyai sifat cemburu ini berhati-hatilah dalam segala perilaku kita supaya tidak terjadinya sesuatu hal yang tidak menyenangkan dan mengakibatkan pergaduhan dan jauhilah sikap cemburu buta ini...



Tips Mengawal Pasangan Yang Cemburu
1- Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu,jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu dan kamu tidak perlu untuk menjawab setiap soalannya,lebih baiklah kamu berdiam diri daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

2- Terima hakikat kekasih kamu atau sesiapa pun tidak berniat untuk melukai hati kamu,mungkin ini sifat semula jadinya dan janganlah kamu ambil hati akan kata-katanya.

3- Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri,pujilah kekasih, tunang, suami atau isteri kamu jika perlu.Mintalah nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu pada orang yang kamu sayangi itu.

4- Janganlah suka berpoya-poya dengan wanita/ lelaki lain.Ini hanya akan membuat situasi lebih sukar,apa yang perlu bagilah sokongan yang berterusan yer..

5- Bincanglah dengan pasangan kamu tentang perasaan cemburu secara perlahan-lahan dan pilihlah waktu yang paling sesuai sekali.


Atasi Sifat Cemburu
1- Hormatilah perasaan pasangan kerana dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain.

2- Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya.Jika kamu seorang yang kuat cemburu,usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.

3- Tuliskan apa juga perasan kamu apabila kamu merasa cemburu.Marah? Tidak tentu arah?Menangis? Geram? Rasa malu?Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.

4- Fikirkan bagaimana sifat cemburu kamu itu meledak... adilkah kamu menyisihkan pasangan kamu daripada orang lain?Bukannya sesuatu yang teruk andainya pasangan kamu senyum dengan orang lain.Kajilah dari segi positif supaya kamu tidak melayan perasan cemburu itu seterusnya.

5- Bina keyakinan diri dan kita mungkin akan rasa lebih selamat dari bergantung pada pasangan kita saja dan luaskan persahabatan kepada orang lain juga.

Kesan Positif Cemburu
1- Mengelakan si dia curang kepada kamu.
2- Sentiasa menghormati kamu dan tidak pandang pada orang lain apabila bersama kamu.
3- Sentiasalah menjaga hati kamu.
4- Segala pergerakannya di bawah kawalan kamu.


Kesan Negatif Cemburu
1- Si dia akan cepat bosan bersama dengan kamu.
2- Percintaan kamu hambar kerana kamu langsung tidak ada kawan yang lain.
3- Selalu berlaku pertengkaran kerana sifat curiga dan cemburu itu menjadi terlampau.
4- Pergerakan sentisalah diawasi seperti orang yang bersalah.