ASSALAMUALAIKUM...


Tips Tanda-Tanda Si Dia Mencintai Kamu | Orang yang mencintai kita sudah semestinya dia akan cuba sedaya upaya untuk melakukan apa sahaja demi kita,segala tingkah lakunya akan sentiasa menyenangkan hati kita kerana si dia akan sentiasa mengambil berat.Marilah kita semak tips di bawah ini adakah kamu inginkan pasangan yang sebegini jika ya pastikan si dia bersikap sedemikian terhadap kamu....

1- Orang yang mencintai kamu tidak akan pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang si dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2-Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli ,baginya yang penting kamu bahagia dab kamu tetap menjadi impiannya.

3-Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya,di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4-Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini dia ingin tahu kegiatan kamu.

5- Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti "selamat malam,selamat pagi selamat hari minggu dan lain-lain lagi.Itu sudah memadai tandanya si dia memang terlalu menyayangi diri kamu walaupun tanpa ucapan kata cinta.

6-Jika kamu menyambut hari lahir dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan,setidak-tidaknya dia akan menelefon mengucapkan selamat atau mengirimkan SMS.

7- Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya kerana saat itu ialah sesuatu yang sangat berharga dan keadaan itu sudah pasti tidak akan berulang lagi.

8-Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan dan ianya akan menyematkan kata-kata itu di hatinya.

9- Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu kerana dia inginkan kegemaran kamu kegemarannya juga walaupun sukar untuk meminatinya tapi dia mampu melakukannya.

10- Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selsema atau batuk-batuk dia akan sentiasa mengirimkan SMS atau menelefon untuk bertanyakan keadaan kesihatan kamu supaya keadaan keadaan kesihatan kamu di dalam keadaan yang tidak membimbangkan.

11- Jika kamu menyatakan akan menghadapi ujian dan akan menanyakan bila ujian itu akan berlangsung dan saatnya harinya tiba-tiba dia akan mengirimkan SMS"good Luck"kepada kamu dan juga kata-kata semangat.

12-Orang yang mencintai kamu akan memberikan satu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa tetapi baginya barang itu sangat istimewa.