ASSALAMUALAIKUM...
Coway Servis Pertama | Cerita hari Jumaat lepas wakil dari pihak coway telah datang ke rumah mama untuk buat servis pertama untuk air purifier coway ni....alhamdullilah dah 2 bulan menggunakan air purifier dari coway ini dan setakat ini alhamdullilah nampak memuaskan jer...senang sikit berurusan sebab wakil dari coway yang dihantar adalah seorang perempuan..memang itulah katanya wakil yang akan dihantar untuk mencuci mestilah seorang wanita sebab untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kerana kebanyakkan hanya suri rumah yang ada di rumah semasa proses pembersihan...
Inilah air purifier coway yang mama gunakan baru-baru ini...

Proses membersihkan penapis yang berada di dalamnya...memang banyak habuk dan bulu kucing yang tersangkut di situ...

Banyak juga lapisan penapis yang perlu dicuci...sori la proses mencucinya lupa pula mama nak ambil gambarnya..

Satu persatu bahagian penapis dibuka dan dibersihkan..

Last sekali siap sudah dipasangkan semula kesemuanya...2 bulan sekali mereka datang membersihkan Air Purifier ni dan mereka akan datang semula pada bulan 6 nanti...


Cerita berkaitan
  1. Pemasangan Air Purifier Coway