ASSALAMUALAIKUM..
Masing-masing dah dibertahu supaya membawa bekalan makanan setiap seorang yang datang...buat potluck jer memandangkan homestay ni tak ada dapur untuk kami memasak...alhamdullilah malam tu kami dapat makan bersama-sama...mama bawa asam pedas kepala ikan mayong jer...lupa nak snap gambar makanan yang lain-lain juga...
Makan pun berselerak ambil nasi dan lauk cari pot sendiri bila nak makan...
Kalau dah berjumpa adik beradik,anak saudara,sepupu sepapat memang suasana akan jadi meriah sangat...
makan berjemah sesama kami...
Bila dah selesai makan kami sekeluarga berehat sambil berbual...abang yang ketiga tu masih tak berhenti merantah kepala ikan mayong tu...dari abang hinggalah ke anak saudara memang kami dari keluarga yang suka makan menu asam pedas kepala ikan mayong ni...
Kami berborak bersama selepas menjamu selera...kalau dah berjumpa ramai-ramai begini memang banyak cerita yang jadi topik malam tu...
Bergambar bersama untuk dijadikan kenangan nanti...
Adik beradik hubby...seorang abang yang ke 4 dah meninggal dan seorang lagi adik perempuan no 8 tak dapat datang...10 orang adik beradik hubby..hubby mama anak yang ke 9..
Dari kiri belakang abang ke 2, hubby mama,adik lelaki bongsu,abang ke 3 dan abang ke 7
Depan kakak anak ke 6 , abang yang sulung dan kakak anak ke 5.
Biras perempuan kami...
Cucu-cucu dan cicit-cicit semuanya dikerah untuk bergambar bersama untuk kenangan..nasib baik ada juga yang tak datang kalau tidak lagi ramai kesemuanya...
Haii cucu grandma tu ! bukan main lagi dok posing kat depan tu yer...
1 Comments
amboi, silang tanggong :D
ReplyDeletePost a Comment