ASSALAMUALAIKUM....
Cerita hari Ahad selepas kami sekeluarga sampai ke Johor Baharu dari Batu Pahat selepas family reunion selesai..dah berehat sekejap sempat lagi keluar ke Pasaraya Kip Mart Tampoi sebab hubby ada urusan kereta kat situ jadi ikut sekali...bila dah jenjalan kat dalam pasaraya ni tersinggahlah kami ke Kedai Nice Optic ni...tengok harga nak buat spec kat ni nampak murah dan ada promosi hujung tahun...
Apa lagi hubby pun cubalah tanya maka bila dah masuk ke sini anak mama pun nak test mata si Darwisy sekali...memang mengejutkan bila tengok resultnya...mata sebelah kanan Darwisy teruk rabunnya dari yang mata disebelah kirinya...jadi terpaksalah buatkan spec untuk Darwisy juga...risau juga dibuatnya kalau mata kurang nampak ni...patutlah kalau nak tengok tv tu terpaksa duduk depan sebab tak nampak agaknya...nasib baiklah dapat detect awal kalau dah bersekolah susah juga tu...jadi sebelum sekolah dibuka eloklah buatkan spec untuk Darwisy...
Cantik deko kedai cermin mata ni...suka tengok barangan hiasannya ni..
Cantikkan kereta antik ni...
Hubby pun buat spec baru...yang lama tu masih elok lagi tapi saja nak buat satu lagi buat tukar-tukar pakai nanti...ada harga promosi dapatlah murah, tu yang buat satu lagi spec baru..
Test cermin mata hitam pulak hubby mama ni...
Darwisy cuba pakai spec barunya...color pink juga jadi pilihan hatinya...nak pilih yang color lain dia tak minat...jadi ikutkan juga pilihan Darwisy mana yang disukai...kalau ikut pilihan kita takut nanti dia tak nak pakai pula..
Haiii ! cucunda grandma ni ...kecik-kecik dah kena pakai spec...tak apalah janji handsome juga Darwisy pakai spec...lepas ni dah kena pakai spec sentiasa...
p/s kena juga pakai spec kalau tak susah nanti nak belajar...
1 Comments
Ala kesian darwisy... xpe grandma insyaaAllah Darwisy ok nnt
ReplyDeletePost a Comment