ASSALAMUALAIKUM...
Masa mama dalam perjalanan balik ke Johor sempatlah singgah Bandar Muar sekejap kerana hendak menjengah ke kubur arwah mak dan abah yang membesarkan mama sejak dari kecik hingga dewasa dulu...walaupun hanya ibu dan bapa saudara tapi jasa beliau membesarkan mama selama ini akan mama ingati sepanjang hidup ini...
Terasa sekejap jer masa berlalu dah 31tahun mak telah kembali bertemu Maha Penciptanya...hanya iringin doa dan bacaan ayat-ayat suci untuk mereka berdua di sana...tahun 1986 tahun yang penuh dengan suka duka...sukanya sebab tahun 1986 mama telah mendirikan rumahtangga atas desakan beliau juga dan selepas 5 bulan bernikah mak pergi meninggalkan dunia ini kerana sakit barah rahim dan buah pinggang.
AL-FATIHAH BUAT ARWAH BANON BINTI OMAR
Arwah abah telah pergi meninggalkan mama pada tahun 1992...sudah 25tahun lamanya abah pergi..abah pergi disebabkan kerana sakit tua...semua kenangan bersama,susah senang bersama mereka akan mama ingati sepanjang hidup ini..
AL-FATIHAH buat arwah HJ ALI BIN HJ YUSOF
p/s sedih hati ini...
1 Comments
Al Fatihah
ReplyDeletePost a Comment