ASSALAMUALAIKUM...
Kes terdesak ni jadi apa yang ada bolehlah digunakan...kebetulan mama memang tengah memasak pada hari Jumaat yang lepas tiba-tiba gas pula habis...telephone kedai dah tutup katanya sebab hari Jumaat..lepas solat Jumaat baru boleh dihantar gas tu...lauk dah atas dapur jadi mama alihkan dan gunakan pressure cooker yang ada untuk memasak menu masak lemak sardin pucuk ubi ni...kalau korang nak tengok macam mana mama memasaknya jomlah tengok kat bawah ni...
Kisar jer bahan untuk memasak tu... ambil cili padi,kunyit hidup dan bawang dah kisar halus masukkan rencah tu ke dalam periuk pressure cooker..
Dapat ambil gambar santan dan sardin ni jer...rencahnya semua mama dah blanderkan...
Masukkan santan,kuah sardin tu dan gaulkan...
Masukkan pucuk ubi ke dalam periuk tu sekali...masukkan sardin,garam dan serbuk perasa sekali...
Setkan kat pressure cooker nak masak menu ikan...akan keluar berapa minit yang perlu kita memasaknya...mama setkan selama 2 minit saja nak masak pucuk ubi dan sardin tu...okay dah boleh masak...
Tu dia menu sardin masak lemak pucuk ubi dah siap untuk dihidangkan...
Siap juga menu masak lemak sardin pucuk ubi ini menggunakan pressure cooker ini...dah boleh dimakan pun...nak tunggu gas sampai perut pun dah kenyang makan tengahari...senang juga bila keadaan terdesak boleh juga gunakan pressure cooker ni...
p/s kalau boleh digunakan kita gunakan jer...
1 Comments
Saat kecemasan, macam2 boleh terhasil..
ReplyDeletePost a Comment