ASSALAMUALAIKUM...
Dah penat berjalan apa lagi jomlah kita mengisi perut...kebetulan mama dapat vaoucher makan semasa hari pelancaran VR Roller Coaster tempoharu...hari tu ada disediakan makanan ringan jadi saja simpan voucher ini untuk makan kat mana-mana cafe dalam legoland ni...jadi gunakanlah voucher makan tu semasa jenjalan ke legoland tempohari...
Patung chef yang diperbuat dari brick lego ...
Tempat sendiri order pun senang jer dah tahu menu apa yang sedapnya...inilah tempat anak mama yang kedua tu bekerja setelah memohon untuk ditukarkan dari hotel ke park selepas kejadian kemalangan tempohari terjadi...ada yang tak tahu cerita ke kalau nak tahu jom TEKAN SINI...yang ambil order tu pun adalah pengurus Pizza Mania ni...bagusnya bos boleh turun padang menolong anak buah bawahannya...
Damia muka sedih jer sebab baru bangun tidur...nak ambil gambar pun tak nak senyum...
Dah order ambil jer air sendiri...Tu dia semua jenis air ada disediakan di sini...pilih saja air apa yang berkenan kat tekak...
Ambil air dulu sementara menunggu pizza siap dimasak...
Minum air dan makan cheese cake dahulu sementara menunggu pizza siap...
Sambil tu dapat juga lihat tempat kerja anak mama ni...seronok dapat lihat kawasan persekitaran Pizza Mania ni...tenang dan nyaman jer...
Sedap juga dapat merasa cheese kek kat sini...
Akhirnya siap dan sampai juga pizza yang telah diorder...nasib baik singgah ke sini dahulu kebetulan masa kami sampai hujan sudah mulai lebat di luar...
Pizza dah sampai jomlah kita menjamu selera...hujan-hujan ni perut memang tengah lapar jadi sedaplah dapat makan pizza dalam cuaca hujan...
Bos dan mem pun nak makan pizza...
Bismilah jom makan pizza ...
3 Comments
seronok makan pizza ye mam.. hihi
ReplyDeletesedap nampaknya pizza tu :D
ReplyDeletebest lah pergi legoland
ReplyDeletePost a Comment