ASSALAMUALAIKUM...
Pagi-pagi dah fikir nak buat sarapan apa pagi ni...ada bahan tapi tak tahu nak buat menu apa...cuba bongkar  cari stok mee kering...jumpajuga sebungkus mee hoon dalam almari stok..maka menu sarapan pagi ini buat mee goreng jer la...sekejap jer nak memasak sebab semua bahan dah ada maka bertarunglah mama di dapur tadi nak menyiapkan menu mee hoon goreng ni...

alhamdullilah selesai sudah bersarapan pagi Jumaat yang indah ini...sekejap lagi nak masak menu lauk untuk tengahari pula...senang kalau dah siap awal-awal sebab kalau hubby nak makan sebelum solat Jumaat menunya dah siap di masak...

p/s dapat juga hantarkan mee hoon tadi utk anak mama...