ASSALAMUALAIKUM...

Family trip kami sekeluarga kali ini adalah ke Langkawi..kami bertolak dari Lapangan Terbang Senai pada 2Ogos yang lalu jam 1.45petang...sepatutnya kami dijangkakan bertolak pada 31Julai tapi memandangkan tiket flight hari itu penuh jadi ditukarkan pada 2 Ogos...kononya nak sambut anniversary mama dan hubby di Langkawi tapi ditundakan terpaksalah sambut di bumi Johor dulu...kiranya family trip honeymoon la ni..


First time mama naik flight la katakan...macam jakun pulak mama ni kan.. hubby dok gelakkan mama sebab tak pernah naik flight...hubby mama memang dah biasa sebab dah beberapa kali menaiki kapalterbang atas urusan kerja...


Berposing tu sudah jadi kemestian...rugi kalau tak bergambar bersama-sama dalam flight ni...


Memang cantik pemandangan di atas awan ini...patutlah ramai yang suka ambil gambar bila menaiki kapalterbang ni...terasa seperti terbang di awangan jer...


Bertolak jam 1.45 jam 2.30petang kami dah sampai ke destinasi yang dituju...sampai lebih awal dari yang dijangkakan walaupun ada sedikit hujan semasa di atas tadi..memang terasa bergegar bila kapalterbang itu melalui awan hujan tapi bila kapalterbang itu terbang naik sedikit dari awan hujan keadaan kembali normal semula..


Akhirnya kami sekeluarga selamat mendarat di bumi Langkawi..snap beberapa keping gambar di Lapangan Terbang Langkawi cuma dak Darwisy jer tak nampak masa ni..kesian Darwisy tak ada dalam gambar ni...semasa sampai di sana cuaca agak panas..nak bergambar pun masing-masing terpaksa menahan muka kepanasan...

p/s tunggu entri seterusnya bercuti di bumi Langkawi...