ASSALAMUALAIKUM...

Pagi-pagi dah dikerah ajak pergi nursery nak cari tanah lagi...aduh !! baru pukul 8pagi masa tu...mana ada nursery buka lagi cik abang sayang...entah apa la projek hubby kali ni...kalau nak tahu tahu apa yang hubby nak tanam ! kita tunggu entri selepas ni tau...


Seronok sebenarnya dapat pergi nursery ni...macam-macam pokok ada dijual di sini..pokok bunga pun ada berbagai-bagai color...memang menarik sekali...


Pokok kedondong,pokok durian belanda semuanya ada dijual di sini...


Geram tengok pokok-pokok bunga kat sini...semuanya cantik-cantik belaka...rasa macam nak bawa balik satu persatu...lain kali kita cari pokok bunga pula kan...bagi tambah menarik lagi minigarden grandma ni...

p/s sejuk mata memandang lihat pokok bunga yg berwarna-warni...