02 April 2017

# Review Asam Pedas Desa Rahmat

LUNCH DI ASAM PEDAS DESA RAHMAT

ASSALAMUALAIKUM...
Hari ni keluar jenjalan awal sikit sebab anak mama nak belanja makan tengahari...tempat makan kami kali ini adalah ke kedai makan Asam Pedas di Taman Desa Rahmat..selalu juga makan di sini..kali ni tak ambil pun menu asam pedas tapi ambil menu siput sedut masak lemak...memang ramai yang datang makan di sini..



kedai makan ni senang jer nak mencarinya...ada pokok ceri besar di hadapannya..makanan kat sini memang banyak...semua sam pedas ada tapi hari ni tak boleh nak ambil gambar sebab ramai sangat pelanggan tadi..masa makan tengahari memang penuh dengan pelanggan yang datang makan di sini...


sempat snap satu gambar dengan dak darwisy ni...sibuk juga nak posing sekali..ramai pelanggan kat belakang tu...penuh meja tadi..


menu tengahari mama tadi...sedap sebab ada menu siput sedut tu...ambil semangkuk dan berkongsi makan dengan anak mama...biasanya kalau mama makan kat sini nak order air sudah semestinya air limaunya ! air limaunya memang sedap rasanya...


settel semuanya..licin isi kat pinggan tu ! yang tinggal hanya kulit siput jer..cucunda grandma pun makan sikit jer...bila dah kenyang perut baru sedap nak jenjalan...

p/s hari ni gantung periuk...

5 comments:

  1. Replies
    1. betul tu mar...dah terkenal dgn asam pedasnya...

      Delete
  2. sini memang sedap mama... dekat sangat dengan ofis mia..

    - Mia Liana

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..mmg dekat dgn opis mia...

      Delete