ASSALAMUALAIKUM...
Hiii kawan-kawan berjumpa lagi kita di alam maya...entri kali ni mama nak review sebuah butik pakaian berkonsepkan Jepun yang baru di buka di AEON TEBRAU baru-baru ini...COCO CONCEPT STORE inilah nama butiknya yang terletak di Shopping Mall Aeon Tebrau..bukan KingCoco tau...jangan salah sebut yer...

Butik pakaian ini bercirikan fesyen kontemporari dan minimalis untuk semua golongan lelaki dan wanita...ciri pakaian yang simple untuk semua golongan usia juga gaya kasual dan kemodenan Shinjuku Jepun...



Nampak menarik butiknya...mama dan blogger Hernee Nazir yang sampai awal...Bila kami sampai jemputan yang lain pun belum hadir lagi...jadi bila kami dah sampai awal ni ! apa lagi terus ambil gambar baju-baju yang ada..sambil ambil gambar sambil tengok baju-baju yang cantik di sini...


GRAND LAUNCH COCO CONCEPT STORE 


Kami daftar awal ! jadi dapatlah ambil gambar awal keadaan di dalam kedai ini juga...sambil tu boleh tengok dan belek-belek koleksi baju yang ada di kedai ini...semuanya memang nampak menarik hati...


Masuk-masuk jer dah terpandang anak patung ini...serius betul ingatkan anak patung rupa-rupanya model khas untuk pelancaran butik Coco Concept Store ni....


Banyak pilihan baju dan seluar yang ada di sini...semuanya cantik-cantik dan menarik...ikut fesyen anak-anak muda pada masa sekarang..


Ruang kedai ini pun besar dan ada bermacam-macam jenis baju dan seluar ada di pamerkan untuk jualan...


Ruang kaunter pembayarannya...


Model terbaru kita pada hari pelancaran itu...hahahaa sorry Hernee...boleh pilih ikut kesukaan sendiri...mix and match la katakan kena la pandai matchkan pakaian yang dipilih tu...





JDT Blogger bergambar bersama dengan orang kuat untuk event Coco ini..En.Amir Kamarudin Marketing Executive...sporting dan cool orangnya...


Snap juga bersama dengan CEO Coco Concept Store ini Mr.Nicholas Chong...


Bergambar pula dengan Marketing Manager Coco Concept Store Sabrina Quigley Chin yang cantik ni macam model jer..cantik,peramah dan sweet sangat orangnya...


Inilah wakil dari team JDT Blogger..terdiri dari Herneenazir dan Julia Helmi ...kami bertiga yang sempat hadir pada hari pelancaran tersebut...


Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh CEO Coco Concept Store Nicholas Chong..majlis perlancaran ini telah berjalan dengan lancar dan begitu meriah sekali...Butik Coco Concept Store ini juga akan dibuka di Melawati Mall,Ulu Kelang...ianya merupakan kedai yang terbesar dan akan mempunyai bangunan yang lebih besar di sana...tak lama lagi Coco akan memperkenalkan juga pakaian kerja yang lebih style dan juga pakaian sukan..semoga Coco Concept Store akan terus berjaya dimasa akan datang... 

Coco Concept Store ini cuba mengenengahkan fesyen street wear,seni dan muzik..fesyen ini amat sesuai untuk anak-anak muda sekarang yang inginkan fesyen yang ranggi mengikut perkembangan semasa...bagi kita yang ingin berpakaian muslimah pun ada di sini...boleh digayakan dengan jaket atau dipakai terus...semua pakaian Coco adalah dari kain denim yang selesa dipakai dan digayakan...


Selepas perasmian kami juga dihidangkan dengan satu persembahan dari Fashion Mob Performance yang didatangkan khas dari Kluang untuk pembukaan butik Coco Concept Store ini..


Model-model Coco terus meragakan pakaian yang ada dijual di sini satu persatu...semuanya cantik-cantik dan menarik sekali...modelnya pun cantik dan handsome juga...Terdapat pelbagai koleksi pakaian boleh di mix dan matchkan..di sini juga ada terdapat top and bottomnya yang sangat menarik...jom kita lihat kat bawah ni...


simple dan menarik...


Koleksi jacket yang ada di sini...


mix and match..






Pakaian yang ada disini terdiri dari pelbagai saiznya...dari yang kecil hinggalah ke saiz yang besar..tak perlu risau untuk yang memiliki badan yang besar atau kecil...semua saiz ada dan boleh dimiliki...


Akhirnya selesai juga majlis peragaan pakaian dari koleksi Coco Concept Store ini...selepas majlis ini kami disajikan dengan makanan yang disediakan oleh pihak Coco Concept Store...semua makanan yang disediakan hari itu semuanya sedap-sedap belaka...memang terbaik la...


Makanan yang disediakan untuk semua media yang hadir pada hari pelancaran itu...


 Orang pertama membuka langkah mengambil juadah..



Sebelum pulang kita redeem voucher yang diberikan untuk media yang hadir pada hari itu...Inilah 2 pasang pakaian dari Coco Concept Store yang mama bawa pulang...sepasang untuk hubby dan sepasang lagi untuk mama sendiri...harganya memang mampu milik...harga yang paling murah adalah dari Rm19.90 hingga ke Rm99..90..memang berbaloi-baloi la..


Sebelum beredar pulang sempat posing satu lagi gambar di hadapan Coco Concept Store ini...Yaya datang terlewat sedikit tapi masih dapat redeem voucher dari Coco Concept Store ini...
Pada kawan-kawan jangan lupa terjah 

COCO CONCEPT STORE, LOT NO F23, LEVEL 1
AEON TEBRAU CITY, TAMAN DESA TEBRAU,
JOHOR BAHARU.