19 December 2016

# resepi masakan

RESEPI KUAH TOM YAM STEAMBOAT SIMPLE ...JOM KITA BERSTEAMBOAT

ASSALAMUALAIKUM...
Hari-hari makan nasi jemu jugakan..apa kata kali ni kita bersteamboat pulak..wah!!memang sedap dapat layan steamboat..kali ini kat rumah pulak tu...siap-siap sediakan bahan-bahannya dulu...kuahnya mama buat ikut kesukaan anak-anak...dah request pun nak kuah tom yam...


Siap semua bahan panaskan kuah tom yam dan celupkan bahan-bahan yang disukai...buat kat rumah kita sendiri ini..semua bahan boleh letak..nak letak bahan apa yang kita suka terpulang pada semua..kat rumah ni terasa keselesaan dan kemeriahannya bersantai bersama family...sambil borak-borak,gelak-gelak ikut suka jer...kalau kat kedai tu kenalah kawal sikit tata tertibnyakan...

Bahan-bahan untuk kuah tom yamnya...
-perisa tom yam (kalau pes yang pedas lagi best)
-bawang putih
-serai
-sedikit minyak bijan
-garam n serbuk perasa

Cara membuatnya..
-Panaskan sedikit minyak zaitun/biasa...tumiskan bawang putih...ikut suka nak hiris boleh nak hancurkan pun boleh...
-Biar sedikit garing pastu masukkan air..letakkan pes perisa tom yam ke dalam kuah tu secukup rasa dan pekatnya...bubuh garam dan serbuk perasa secukupnya...tambahkan sedikit minyak bijan dan biarkan kuah mendidih...
-Biarkan mendidih...bila dah siap bolehlah masukkan bahan-bahan untuk steamboat tu...kuah perisa tom yam siap untuk dimakan bersama bahan-bahanya...
selamat menjamu selera semua...


4 comments:

  1. amboiii...sakan steamboat kat rumah..jimat dan sedap lg kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mkn kat rumah lebih seda dan jimat...

      Delete
  2. adoii.. sedapnya... boleh buat juga nanti ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh buat sendiri jer kn...

      Delete