ASSALAMUALAIKUM...
Lama rasanya tak bersiaran kat sini...memanjang cuti sakit dan cuti raya saja...dah beberapa hari mungkin dah hari ke 13 agaknya kita semua umat islam sudah berhari raya...bagaimana dengan kawan-kawan alam maya seronok tak berhari raya bersama keluarga..pasti seronokkan...tahun ini mama tidak beraya sangat sebab kesihatan hubby tidak berapa mengizinkan untuk berhari raya...sekadar yang termampu saja kami berkunjung ke rumah sanak saudara di hari raya...deko mendeko lagi mama ni setelah berhari raya...bulan puasa tak sempat nak menyiapkan deko wall paper ni tu yang sambung lagi selepas raya...


nasib baik ada menantu mama yang menolong menyiapkan pemasangan wall paper ni...nak suruh hubby memang dah tak boleh lagi..memandangkan keadaan kesihatannya yang tidak menentu...inilah gambar sebelum proses pemasangan dilakukan...


siap juga akhirnya pemasangan wal paper di ruang tamu  mama ni...beli wall paper murah jer kat kedai DIY...cukuplah janji cantik pada pandangan mata sendiri...di bawah ini gambar-gambar sebelum dan selepas proses diy dilakukan...


sebelum proses...


setelah siap proses ubah suainya...


sebelum...


selepas siap keseluruhan diy yang dilakukan selepas raya ni...