Semasa anak mama berpantang ni hari-hari terpaksa cari rezepi untuk orang yang sedang berpantang makan..mesti cari kat Mr.gugel jer..macam-macamlah resepi yang keluar...bila nak senang ikut jer kata hati apa yang perlu dimasak untuk orang berpantang makan..jadi inilah resepinya yang simple dan mudah dapat mama sediakan untuk anak mama...yang lain pun suka juga...kalau kawan-kawan nak cuba bolehlah tengok resepinya di bawah ini...
Bahan-bahannya...
Daging,sos lada hitam,halia
hirisan bawang besar,cili merah,bawang putih
daun sup untuk hiasan,garam dan serbuk perasa
Cara memasak...
1-Rebus daging sehingga empuk..dah empuk hiriskan daging nipis-nipis..
2-Panaskan kuali dan tumiskan halia dan bawang putih kemudian masukkan hirisan daging ke dalam tumisan halia dan bawang putih tadi...biarkan daging garing sedikit...
3-Setelah daging garing masukkan sos lada hitam ke dalamnya.. ikut suka sebanyak mana sos yang diperlukan...kalau nak berkuah masukkan sedikit air..masukkan hirisan bawang besar,cili merah,garam dan serbuk perasa secukupnya...gaulkan sehingga rata..biarkan sekejap...
4-Bila dah siap daging goreng halia sos lada hitam ini bolehlah dihidangkan...taburkan sedikit daun sup diatas daging tadi untuk hiasan kemudian bolehlah dihidangkan bersama-sama nasi panas...selamat mencuba semua..
10 Comments
pebret daging ni mama...
ReplyDeleteuhh uhh sedap nyer kak..
ReplyDeletesdp nye..tq sharing.. :)
ReplyDeletenampak sedap daging masak kicap tu.balik nnt boleh buat ni.
ReplyDeletesedapnye..
Daging bila kena sos lada hitam memang sedap
ReplyDeleteKakak suka ni..
sedap nye mama... :P
ReplyDeletemama, simple dan sedap ni kan makan ketika panas-panas:)
ReplyDeleteOoo sedapnya. Jom singgah blog saya ada buat giveaway
ReplyDeletesedapnyert ;p
ReplyDeleteNampak sedap, resepi pun mudah untuk org bujang heheh ,
ReplyDeletekena rajin je
Post a Comment