Dah nama orang Johor asam pedas memang tak boleh lepas dari menu harian...dalam seminggu tu mesti ada jer menu asam pedas kat rumah mama ni...ada jer menu asam pedas walaupun berlainan ikannya..jadi hari ni menu mama asam pedas ikan kisi pastu letak bendi...
Bahan-bahan yang diperlukan...
Ikan kisi,cili blander
bendi,garam,serbuk perasa
air asam jawa..
Cara-cara memasaknya...
1- Bersihkan ikan kisi dan rendam sedikit dengan air asam jawa...biarkan sekejap..
2-Panaskan minyak dan tumis cili yang telah diblander dengan bawang merah,bawang putih,belacan,kunyit hidup dan halia sehingga garing dan pecah minyak..
3-Setelah itu masukkan air asam jawa secukupnya..letakkan garam dan serbuk perasa secukupnya...biarkan kuah mendidah sekejap...pastu masukkan ikan...biarkan ikan masak..
4-Setelah cukup rasa...akhir sekali bolehlah dimasukkan sayur bendi..mama memang suka masukkan bendi tu akhir sekali sebab tak mahu bendi itu lembik sangat..
5-Setelah masak bolehlah dihidangkan bersama lauk yang lain dan nasi panas...selamat mencuba yer kawan-kawan...
8 Comments
Singgah pagi...Cantiknyer pinggang tu...
ReplyDeletelauk pun sedap...
sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteBetullah Mas rumah kakak ni kalau dlm seminggu sekurang-kurangnya sekali mesti ada masak asam pedas, tak kiralah ikan apa pun.
ReplyDeletepebret asam pedas ni mama...
ReplyDeletezaza pun suka lauk asam pedas hehe..
ReplyDeletewah resipi simple .antara kegemaran Etuza..mama selalu masak dan ada kacang bendi. Mazul yang ke 316..siput follower di laman Etuza
ReplyDeleteSedapnyaaaaaaa
ReplyDeleteSodapnye. Heheee dh lama tak merasa asam pedas.
ReplyDeleteSinggah panjangkan ukhwah dan follow mne yg tak difollow lagi dari segmen kak mia :)
http://akukaudansesuatu.blogspot.my/
Post a Comment