SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Bila musim perayaan memang seronok dapat bersama-sama sanak saudara yang datang berkunjung ke rumah...begitu juga mama dan keluarga bila dapat bersama sesekali begini memang amat menyeronokkan...


Bila dah ramai-ramai rutin wajib mereka adalah bergambar bersama-sama...gambar untuk dijadikan kenangan bila masing-masing dah besar nanti...itulah telatah anak-anak saudara,cucu-cucu saudara bila berjumpa...riuh rendah suasana disekitar rumah macam nak terbalik rumah jadinya..ini pun sudah hari raya ke lima baru kami dapat datang beraya ke sini..


Anak saudara.pak saudara.mak saudara dapat duduk bersama dan berbual bersama-sama...


Kebetulan abang mama baru pindah ke sini jadi perabot rumah pun masih belum belum 100% lengkap peralatan rumahnya...jadi kami tak kisah itu semua asalkan dapat beraya bersama-sama itu sudah cukup bagi kami...


 Kami semua dijamukan dengan menu nasi lemak berlauk pada malam itu..ini pun belum kesemua adik-beradik mama yang dapat hadir sebab masing-masing tak dapat datang kerana ada tetamu yang datang beraya ke rumah...

p/s seronok dapat berjumpa bersama..