SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Cerita pada Sabtu lepas bila hubby ditahan di wad Hospital Sultan Aminah Johor Baharu kerana tekanan gula dalam badan naik mendadak...pada mulanya bawa hubby pergi cek kat klinik biasa saja...tapi dek kerana doktor terkejut bila cek tekanan gula dalam darah naik tinggi.. doktor klinik swasta menasihatkan supaya hubby dapat rawatan di hospita secepat mungkin...doktor juga memberikan surat rawatan untuk hubby di bawa ke hospital segera... 

Kalau lambat mendapat rawatan doktor takut hubby akan diserang strok pada badan..tanpa berlengah mama terus membawa hubby ke hospital dan mendapat rawatan seterusnya di sana...alhamdullilah tekanan darah hubby dapat dikurangkan tapi kenalah admit juga semalam kat hospital dan esoknya barulah hubby dibenarkan pulang ke rumah..doktor juga menasihatkan supaya penjagaan makanan di rumah hendaklah dilakukan supaya tekanan gula dalam badan hubby tidak terlalu tinggi..sekarang ini soal pemakanan hubby di rumah terpaksalah mama kawal sepenuhnya.. 

p/s bahaya kalau ada sakit kencing manis ni...