SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Betul ke tangan panas bila tanam pokok boleh tak hidup???entahlah betul ke tidak mama pun tak tahu juga..tapi kekadang tu ada juga tanaman yang ditanam hidup dengan segar juga...hubby selalu cakap kalau dia tanam pokok serai,pokok kunyit dan pokok daun kesum mesti tak menjadinya...kali ni mama pula mencuba untuk menanamnya...minta-minta tak panaslah tangan mama ni dan pokok-pokok yang disemai tu akan hidup dan menjadi...



pokok pertama yang mama cuba semaikan batangnya iaitu pokok daun kesum....kalau menjadi alhamdullilah la...senang bila nak menggunakannya nanti...moga ianya membesar dengan jayanya nanti...nampak gayanya macam menjadi jer ni...


pokok daun bawang pun ada juga ditanam...boleh juga digunakan daun bawang ini bila nak masak sup nanti...


daun pandan yang telah rimbun tapi mama potong dan biarkan tumbuh daun-daun pandan yang baru...nampak segar dan hijau sekali daunnya...


pokok kunyit memang penting...mama semaikan kunyitnya lebih sedikit...kalau nak guna senang tak payah beli kat kedai lagi...potong sehelai dua dah mencukupi...alhamdullilah membesar dengan sempurna sekali...