SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Mama ni kalau singgah kedai buku keluar jer dari kedai tu mesti bawa 1 atau 2 buku novel...memang tak boleh ada buku novel yang baru mesti nak beli...memang dah jadi satu hobi mama suka simpan novel...seronok rasanya kalau nampak banyak buku tersusun kat rak buku tu...hubby pun dah tak boleh nak cakap apa...dah tahu apa yang isterinya ni suka dan tak suka...satunya hubby dah tahu mama memang suka baca buku novel dan simpan novel jadikan koleksi...jadi taklah risau kalau nak beli novel ni... kekadang tu hubby juga yang tolong carikan novel yang bagus dan bayarkan....


Bukan novel jer yang mama suka beli tapi semua buku...dalam koleksi mama memang ada buku yang lain juga seperti buku motivasi,buku agama,buku resepi dan buku apa pun yang mama rasa memang perlu untuk mama baca bila ada masa lapang...


Rasanya kalau dari dulu mama simpan memang dah banyak novel-novel mama tapi dek kerana nak pindah ke Johor dari Melaka jadi mama terpaksalah kurangkan sedikit...buku biasalah kan nak bawa memang berat sangat...jadi bila ada kawan-kawan yang minta mama bagi jer pada mereka sebagai hadiah...



p/s seronok kalau baca novel ni..