SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


 Ini adalah cerita hari Sabtu lepas bila mak-mak buat reunion...jadi inilah gelagat anak-anak bermain...sebenarnya anak mama dan kawan-kawannya saja nak berjumpa sesama mereka sebab dah lama tak berjumpa...kali terakhir berjumpa selepas majlis hari lahir Awisy pada bulan September tahun lepas...

Oleh itu rumah mama la jadi tempat dan port tempat perjumpaan mereka ni...tiga dari kanan semuanya dah jadi ibu-ibu hanya seorang saja yang sebelah kiri tu masih belum ada rezekinya lagi...mereka berkawan ketika mereka semua masih belajar lagi ! zaman anak dara lagi ketika itu...sekarang ni semuanya dah jadi ibu dan dah pun berkahwin...


Tiada apa yang dapat dijamukan buat mereka hanya pisang goreng,jemput-jemput ikan bilis dan keropok lekor jer...lama juga mereka berborak bila dah lama tak berjumpa...banyak no la cerita menarik bila dah berkumpul bersama-sama macam ni...kisah anak-anak,kisah beli tudung AJ dan macam-macam lagi cerita dijadikan tajuk berborak dan kesemuanya pun dah jadi ahli tetap tudung AJ ini...



Inilah dia 3 orang kanak-kanak cilik yang sibuk bermain bersama-sama...dari kiri Umairah,Awisy dan Aiman...bila dah besar nanti boleh jadi kawan baik macam mak-mak mereka juga yer...



Peace yoooo...pantang ajak bergambar ! pasti Awisy nak tunjuk jari peace dia tu...ikut grandma la tu bak kata grandpa Awisy...ada juga yang mengikutnya...


p/s dah dpt ke BRIM pd tahun ni...?