13 January 2015

# resepi masakan

Resepi Sambal Tauhu Goreng

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Resepi simple dan senang ni memang sedap rasanya kalau kita memasaknya dengan penuh kasih sayang...keluarga pun sayangkan...hari ni mama nak kongsikan resepi mudah dan simple buat kawan-kawan...resepi ringkas ini boleh dimasak bagi kawan-kawan yang kekurangan masa bila balik dari kerja...inilah dia resepi mudah sambal tauhu goreng...jom kita tengok resepinya dibawah ini...

Bahan-bahannya....
Tauhu,bawang besar
bawang putih,sedikit cili kisar
sedikit cili sos,udang kering
garam,gula dan serbuk perasa

Cara-cara memasak...
1-Tauhu dibersihkan dan digoreng hingga kekuningan tepikan dahulu...
2-Tumbuk udang kering yang sudah direndam dengan bawang merah dan bawang putih sehingga lumat....
3-Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk lumat tadi sehingga naik bau dan masukkan cili kisar dan sos cili...masak seketika..
4-Masukkan garam,gula dan serbuk perasa secukup rasa...masukkan tauhu yang telah digoreng tadi...kacau hingga sebati dan biarkan sekejap..padamkan api dan sambal tauhu goreng siap dimasak dan boleh dihidangkan bersama nasi panas...
selamat mencuba yer kawan-kawan semua....

17 comments:

  1. Saya peminat tauhu....nampak sedap, dah dapat resepi ni nak cuba... terimakasih atas perkongsian tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la cuba...sedap rasanya...

      Delete
  2. samala dengan hubby suka makan tauhu sambal ni

    ReplyDelete
  3. Tak pernah makan atau rasa lagi, tapi biasa nampak kat kedai makan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tau...boleh cuba memasaknya...

      Delete
  4. sesetgh org x reti makan tauhu...mcm husband sy mmg x mkn tauhu..tp bila sy teringin nk mkn sy akn buat untuk sy mkn sorang2...mmg sedap sambal tauhu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mmg sedap rasanya...kalau kat rumah mama semuanya suka mkn tauhu...

      Delete
  5. alamak! ternampak resepi sedap ni pulak. saya suka tauhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap lebih2 lg kalau masak sendiri...

      Delete
  6. sedapnyaa, wawa dulu tak pernah makan tauhu ni.. lepas makan, sedap plak.. hihi

    ReplyDelete