SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Tadi bila hubby balik dari opis terus bagi pelekat roadtax kereta ni kat mama...teringat juga hubby kat anak-anaknya yang suka sangat dengan jenama Hello Kitty ni...kalau kawan-kawan yang tak tahu cerita anak-anak mama ni dan nak tahu ceritanya yang sibuk menyolekkan debab pinkynya boleh la tekan sini yer...

Hubby bila dah ternampak pelekat ni tadi terus jer teringat kat anak-anaknya yang suka sangat dengan Hello Kitty ni...anak-anak kalau tengok apa lagi memang seronok la jawabnya...kalau pasal anak-anak ni hubby mama ni memang tak lupa ada saja yang dibelinya jika benda itu memang menjadi kegemaran anak-anak perempuannya...itu yang rasa nak nangis jer ni..isterinya ni dah jadi no 2 jer pulak hukhukhukkk...saja jer nak berlakon ni ! konon-konon nak jadi hati tisu la sekejap...tapi tak menjadi pun wawawaaa  


Hari ni juga sampai sudah satu set barangan jenama Hello Kitty yang telah seminggu mama tempah dari China...kalau nak beli kat kedai di Malaysia satu set macam ni memang mahal harganya tapi kalau beli terus dari pengedarnya dari negeri China harganya lebih murah dan tiada charge penghantaran pun...tapi terpaksalah tunggu lama sikit...

Mulanya nak belikan warna pink tapi memikirkan takut kotor bila dah lama-lama ! tu yang terpaksa order warna hitam jer lebih senang...kalau kotor taklah nampak sangat...1 set ni semuanya ada cover set depan belakang,cover stering,cover hand brek,cover gear,bantal alas kepala dan cover cermin pandang belakang...cover tisu saja yang tidak disediakan tapi kalau beli sekali dengan mereka dapat kurang harganya lagi...oleh itu dah alang-alang beli terus order dengan cover tisunya sekali...


inilah kotak tisu yang diorder sekali...satu set ini mama beli tak adalah mahal sangat hanya Rm265.00 sahaja...kat sini mama dah pernah tanya mereka letak harganya sampai Rm450...itu yang tak jadi nak beli kat kedai biasa sebab harganya mahal sangat...kiranya dah dapat yang murah ni berbaloilah...nak tunggu pasangkan jer ni...

p/s okay la dah siap pasang nanti mama postkan entrinya yer...