SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Menu pilihan hubby hari ini...mula-mula nak cari ikan pari tapi tak ada pulak tadi jadi beli jer la ikan tenggiri ni...atas pilihan hubby terpaksalah masakkan lauk kesukaannya ni...jom kita mencuba resepi ni yer kawan-kawan...

Bahan-bahannya...
Ikan tenggiri,cili api,bawang merah,asam keping 
santan,kunyit hidup,garam,kacang panjang
 dan serbuk perasa

Cara-caranya...
1- Mama blander jer cili api sebab nak cepat tadi...kalau rajin boleh juga ditumbuk...amik cili api,kunyit hidup,bawang merah blander semuanya...
2-Masukkan rencah yang sudah diblander itu ke dalam periuk bersama santan cair..biarkan sekejap..
3-Masukkan pula asam keping ke dalam kuah dan letakkan garam dan serbuk perasa secukupnya...
4-Masukkan ikan ke dalam kuah itu dan biarkan sehingga ikan masak...jangan biarkan santan itu mendidih terlalu kuat sehingga boleh berminyak yer...kacau perlahan-lahan...
5-Masukkan santan pekat dan kacang panjang...biarkan kuah mendidih dan kacang panjang lembut sedikit...selepas itu bolehlah ditutup api dan dihidangkan dengan lauk yang lain juga bersama nasi panas...

p/s sedap kalau makan dengan kicap...